Ikuti Kami:

Pelbagai Plot Twist Disebalik Kematian Suami, ‘High Class’ Terus Raih Rating Konsisten

Pelbagai Plot Twist Disebalik Kematian Suami, ‘High Class’ Terus Raih Rating Konsisten

Banyak betul K-Drama misteri sekarang ini, yang paling menarik perhatian ramai ialah “High Class”.

Drama misteri ini berlatar belakangkan sekolah antarabangsa mewah yang bertempat di sebuah kepulauan bak syurga. Song Yeo-wool (Jo Yeo-jeong) ialah seorang peguam yang hilang segalanya selepas dituduh membunuh suaminya. Dia kemudiannya mula mencari tahu kebenaran di sebalik kematian suaminya apabila terbongkar rahsia bahawa salah seorang ibu di sekolah berkenaan merupakan didedahkan sebagai perempuan simpanan lelaki itu.

Dipenuhi dengan pelbagai plot twist di sebalik kematian suaminya dan rahsia disimpan oleh lelaki itu yang terbongkar sedikit demi sedikit, penonton nyata tak senang duduk menantikan episod baru drama ini.tvn high classOleh kerana plotnya yang menarik, “High Class” berjaya meraih rating stabil sejak awal tayangannya di mana ia duduk selesa dalam lingkungan 3%. Meskipun menurun kepada 2.95% pada episod ke-5 (mungkin disebabkan perayaan Chuseok), namun ianya meningkat kembali ke 3.86% pada episod seterusnya.

Best kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...