Ikuti Kami:

Pelbagai Kandungan Korea, Oh!K Meraikan Ulangtahun Ke-6 Dengan Peminat K-Drama Bulan Oktober Ini

Pelbagai Kandungan Korea, Oh!K Meraikan Ulangtahun Ke-6 Dengan Peminat K-Drama Bulan Oktober Ini

Satu sambutan sinematik dijadualkan menggegarkan layar skrin bulan ini apabila Oh!K (Astro Ch 394) menyambut ulang tahun ke-6 bersama peminat setia K-drama (K-drama royalty) di Malaysia!

Istimewa Untuk ‘Kings and Queens K-Drama’

Oh!K memberi tribute kepada yang bukan konvensional, di mana kecantikan tersembunyi bawah permukaan dan situasi yang membawa kepada asmara yang tidak dijangka. Bermula 10 Oktober dalam She Was Pretty, realiti berubah buat sepasang kawan sejak zaman kanak-kanak. Sementelah Sung-joon seorang yang pemalu, selalu bergantung kepada Hye-jin yang cantik dan popular untuk menyelamatkan dirinya daripada situasi-situasi janggal, sebagai orang dewasa, menjadi gilirannya untuk membalas jasa cinta pertamanya kini sebagai seorang lelaki kacak.

she was pretty

Setiap Sabtu jam 6pm bermula 10 hingga 31 Oktober

Disebabkan dedikasi melampau dirinya terhadap dunia sukan, seorang wanita tidak mempunyai masa untuk perihal cinta… sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Joon-hyung dalam Weightlifting Fairy, sementara itu, dalam My Dear Youth – Coffee Prince mengumpulkan semua barisan pelakon asalnya dari karya popular 2009 itu. Rancangan istimewa ini akan menyaksikan semarak api cinta antara Eun-Chan dan Han-gyeol sekali lagi!

weighlifting fairy kim bokjoo

Setiap Ahad jam 6pm bermula 11 Oktober hingga 1 November

coffee prince

Episod perdana pada Jumaat, 25 September pukul 9pm dan encore episod perdana pada Jumaat, 2 Oktober pukul 7.50pm; dua episod berikutnya pada Jumaat, 2 Oktober dan Isnin, 5 Oktober

Tayangan Perdana Baharu Hari Minggu Khas

Hari minggu membawa penonton kepada untaian hiburan siaran baharu yang penuh dengan pusingan plot yang kelainan yang tidak dijangka. Dalam Kairos, yang mula ditayangkan buat kali pertama pada 27 Oktober, kehidupan seorang lelaki berkerjaya, Kim Seo-jin musnah apabila anak perempuannya menjadi mangsa penculikan. Ingin kembali ke kehidupan asalnya yang indah, dia mendapatkan solusi ‘luar biasa’ – kembali kepada kehidupan lepasnya.

mbc kairos

Tayangan Perdana pada Selasa 27 Oktober, Setiap Selasa dan Rabu jam 7.40pm

Untuk perspektif berlainan tentang cinta, Bad Love, debut pada 16 Oktober, menceritakan tentang lima orang lelaki dan wanita yang tidak dapat menikmati percintaan mereka dalam perkahwinan. Ikatan antara mereka adalah satu hal yang tidak disengajakan dan kasih sayang mereka kurang dipersetujui oleh masyarakat.

bad love

Tayangan Perdana pada Jumaat, 16 Oktober, Selasa hingga Jumaat jam 9pm

Para peminat juga boleh menonton idola-idola mereka keluar daripada zon selesa mereka dalam 2020 Idol Star Athletics Championships bermula 2 Oktober. Tanpa skrip, solekan dan trailer yang menyenangkan, para selebriti berpanas dan diduga dengan pelbagai cabaran fizikal.

idol e-sports championship 2020

Tayangan Perdana pada Jumaat, 2 Oktober, setiap Jumaat jam 5.05pm

Raikan dengan Oh!K: Pertandingan Sosial Media

Bermula 1 hingga 25 Oktober, calonkan ‘Kings or Queens’ k-drama hidup anda (atau anda sendiri!) menerusi https://www.facebook.com/OhkTVAsia/. Beritahu Oh!K mengapa rakan anda atau diri anda sendiri layak diangkat sebagai ‘Kings or Queens K-drama’ dan berpeluang memenangi pakej eksklusif drama Korea yang mengandungi baju hoodie dan tumbler menarik, dan baucar gaya hidup bertema Korea

Jangan lupa untuk tonton saluran Oh!K untuk tonton pelbagai kandungan Korea hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...