Ikuti Kami:

Pelbagai K-Drama Penuhi Ranking 10 Teratas Di Netflix Bagi Negara Serata Asia

Pelbagai K-Drama Penuhi Ranking 10 Teratas Di Netflix Bagi Negara Serata Asia

Meskipun drama daripada Korea dah mula jadi fenomena sejak berdekad lamanya tetapi genre ini terus mengorak langkah ke hadapan dan mengumpul semakin ramai peminat dek kualiti naskhah yang disajikan kepada penonton.

Melihatkan kehebatan K-Drama, laman penstriman popular iaitu Netflix merebut pelaung ini untuk menyediakan kandungan Korea yang hebat kepada pengguna setia mereka. Daripada satu data yang dikeluarkan, terbukti bahawa K-Drama dan juga program Korea merupakan pilihan utama kepada pelanggan Netflix di serata Asia.

the king: eternal monarch

Kalau anda nak tahu, Netflix sentiasa mengemaskini Top 10 kandungan popular pada saban hari. Melihatkan 10 naskhah teratas bagi 7 negara Asia. Jumlah kandungan Korea yang memenuhi senarai tersebut kadang-kadang melebihi daripada separuh daripada yang tersenarai.

Vietnam – 8 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No.1), “Mystic Pop-up Bar” (No. 2), “The King: Eternal Monarch” (No. 3), “Goblin” (No. 5), “Hospital Playlist” (No. 6), “Twogether” (No. 7), “Reply 1988” (No. 8), “Crash Landing on You” (No. 9)

Thailand – 6 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No.1), “Mystic Pop-up Bar” (No. 2), Goblin” (No. 3), “The King: Eternal Monarch” (No. 4), “Twogether” (No. 7), “Doctor Prisoner” (No. 8)

episod pertama mystic pop-up bar

Taiwan – 6 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No. 1), “Mystic Pop-up Bar” (No. 2), “Twogether” (No. 3), “Hospital Playlist” (No. 4), “The King: Eternal Monarch” (No. 5), “Crash Landing on You” (No. 9)

The Philippines – 6 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No. 1), “The King: Eternal Monarch” (No. 4), “Mystic Pop-up Bar” (No. 6), “Crash Landing on You” (No. 7), “Reply 1988” (No. 8), “Twogether” (No. 9)

Hong Kong – 5 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No. 1), “Mystic Pop-up Bar” (No. 2), “Twogether” (No. 3), “The King: Eternal Monarch” (No. 6), “Crash Landing on You” (No. 10)

episod pertama it's okay to not be okay

Singapore – 5 daripada 10 ialah kandungan Korea

“It’s Okay to Not Be Okay” (No. 1), “Twogether” (No. 2), “Mystic Pop-up Bar” (No. 3), “The King: Eternal Monarch” (No. 5), “Hospital Playlist” (No. 10)

Japan – 4 daripada 10 ialah kandungan Korea

“Crash Landing on You” (No. 1), “Itaewon Class” (No. 2), “It’s Okay to Not Be Okay” (No. 3), “The King: Eternal Monarch” (No. 10)

Malaysia juga tidak terlepas daripada menyertai antara pengguna yang memilih untuk melanggan Netflix kerana kandungan Korea yang pelbagai. Daripada 10 tangga teratas, 3 daripadanya ialah drama Korea.

“It’s Okay to Not Be Okay” (No. 1), “The King: Eternal Monarch” (No. 5), “Mystic Pop-up Bar” (No. 8)

kandungan korea jadi pilihan penonton asia di netflix

Nampak gayanya sememangnya orang Asia sangat menyukai apa-apa kandungan daripada Korea dan jumlah penonton berkemungkinan besar akan terus meningkat pada masa akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...