Tahun ini akan menjadi tahun yang sibuk buat Gong Yoo!
Dari genre romantik ke thriller, Gong Yoo akan bersiap sedia untuk menemui penonton menerusi pelbagai drama dan filem yang telah dijadualkan untuk tayang di Netflix pada tahun ini.
Wonderland
Filem “Wonderland” yang diterajui Park Bo-gum dan Suzy mengisahkan tentang perkhidmatan ‘Wonderland’, di mana ia membolehkan pengguna bersatu semula dengan orang tersayang yang telah meninggal dunia melalui panggilan video.
Dalam filem ini, Gong Yoo akan tampil membuat penampilan istimewa dengan wataknya sebagai Sung-joon dan bakal ditayangkan di Netflix pada 26 Julai ini.
Trunk
Bergandingan dengan Seo Hyun-jin, siri “Trunk” mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.
Ia dijadualkan untuk menemui penonton pada separuh kedua tahun ini, dengan 8 episod secara keseluruhan.
Squid Game 2
Antara drama yang dinantikan ramai iaitu musim kedua “Squid Game” juga dijangka akan ditayangkan pada bulan Disember nanti selepas Gong Yoo berkongsi dalam satu temu bual,
‘Squid Game 2’ mungkin akan dikeluarkan di seluruh dunia pada Krismas ini. Sila nantikannya.
Nantikan!