Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Plot Menarik, 5 K-Drama Baru Bakal Sapa Penonton November Ini

Pelbagai Genre & Plot Menarik, 5 K-Drama Baru Bakal Sapa Penonton November Ini

Masuk bulan baru, maknanya peminat K-Drama akan disapa dengan pelbagai seleksi drama baru!

1. Birthcare Center

tvN | 2 November

tvn birthcare center

Oh Hyun-jin (Uhm Ji-won) ialah seorang eksekutif muda di syarikatnya dan merupakan seorang yang serba boleh namun menemui satu kelemahan apabila melahirkan anak pertamanya. Bagi menguruskan keadaan dirinya selepas bersalin, dia telah memasuki sebuat pusat penjagaan selepas bersalin dan wanita itu semakin berasa kecil apabila melihat ibu-ibu lain yang pandai menjaga anak mereka. Bahkan, Oh Hyun-jin juga merupakan yang paling tua di pusat tersebut. Di situ, dia mengenali Jo Eun-jung (Park Ha-sun) yang menjadi ‘guru’ kepada ibu lain dek pengetahuannya yang banyak. Bersama-sama mereka mempelajari mengenai dunia membesarkan anak.

2. Please Don’t Meet Him

MBC | 10 November

mbc please dont meet him

Seo Ji-seong (Song Ha-yoon) mahu jatuh cinta tapi takut memberikan hatinya pada lelaki yang salah. Disebabkan itu, dia mahu membina kehidupan bercinta yang sempurna dengan membangunkan satu program AI bernama ‘Jo Sang-shin’

3. Live On

JTBC | 17 November

jtbc live on

Baek Ho-rang (Jung Da-bin) ialah seorang pelajar sekolah menengah dan dikurniakan dengan wajah yang cantik, membuatkan dia popular di sekolah dan media sosial. Pun begitu, dia hanya mempunyai seorang rakan baik sahaja. Dalam melalui kehidupan yang gembira, dia akhirnya berhadapan dengan satu masalah apabila ada individu yang mahu membongkar rahsianya. Bagi mencari individu tersebut, Baek Ho-rang telah menyertai kelab penyiaran sekolahnya. Di situ, dia mula berkenalan dengan Go Eun-taek (Min-hyun NU’EST) iaitu ketua kelab tersebut yang sangat sempurna dan dihormati oleh ahli lain.

4. Awaken

tvN | 30 November

tvn awaken

Kisah pembunuhan misteri di mana ia mengikuti kisah pelik yang berlaku pada masa kini dan juga kejadian enigmatik yang berlaku pada 28 tahun lepas. Do Jung-woo (Namgoong Min) ialah ketua pasukan yang bijak dan unik bagi sebuah gerakan khas di Agensi Polis Kebangsaan. Manakala Jamie (Lee Chung-ah) pula merupakan ejen FBI yang diambil sebagai anak angkat ketika kecil dan kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berkait dengan memorinya yang hilang sewaktu kecil pada 28 tahun lalu.

5. Amazing Rumour

OCN

ocn amazing rumour

Sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

Jangan lupa susun jadual K-Drama anda, takut tak terkejar nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...