Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Ini 23 Naskhah Korea Baru Netflix Bagi 2022

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, Ini 23 Naskhah Korea Baru Netflix Bagi 2022

Nampaknya ada pelbagai naskhah baru yang akan di Netflix pada tahun 2022 ini!

Bukan sahaja drama, malah terdapat filem dengan pelbagai genre serta pelkon hebat yang ada di dalamnya.

1. All Of Us Are Dead

netflix all of us are dead

Pengarah: Lee JQ, Kim Nam-su

Penulis: Chun Sung-il

Tarikh: 28 Januari

Pelakon: Yoon Chan-young, Park Ji-hu, Cho Yi-hyun, Lomon, Yoo In-soo, Lee You-mi, Lim Jae-hyeok

Ia membawa kisah pelajar yang terperangkap dalam sekolah semasa penyebaran virus zombi dan mereka mula bekerjasama untuk hidup.

2. Juvenile Justice

netflix juvenile justice

Pengarah: Hong Jong-chan

Penulis: Kim Min-suk

Pelakon: Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Lee Sung-min, Lee Jung-Eun etc. 

Mengisahkan hakim yang tidak sukakan pesalah juvenil dan kemudiannya menyedari kesusahan yang dialami oleh anak-anak ini dalam masyarakat dan bagaimana orang sekeliling menghalang mereka daripada menjadi manusia yang lebih baik. 

3. Twenty Five, Twenty One

netflix twenty five twenty one

Pengarah: Jung Jeehyun

Penulis: Kwon Doe-un 

Tarikh: 12 Februari

Episod: 16 episod

Pelakon: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook, Lee Ju Myung

Cerita dilema dan perkembangan anak muda yang kehilangan impian dek situasi pada 1988. Mereka mula memanggil nama masing-masing semasa dua puluh satu dan lapan belas. Kini, mereka sudah pun berusia dua puluh lima dan dua puluh satu.

4. Forecasting Love And Weather

netflix forecasting love and weather

Pengarah: Cha Young-hun

Penulis: Sun Young

Tarikh: 12 Februari

Episod: 16 episod

Pelakon: Park Min-young, Song Kang, Yoon Park, Yura

Kisah romantik ceria mengenai pekerja di Jabatan Meteorologi Korea yang jatuh dan bangun sebelum pada setiap hari. Ia memaparkan Jin Ha-kyung (Park Min-young) yang tidak mahukan hubungan romantik di pejabat selepas perpisahan yang kejam namun mula jatuh cinta pada pendatang, Lee Si-woo (Song Kang) yang berbeza tetapi mempersonakan dengan gaya tersendiri.

5. Thirty Nine

netflix thirty nine

Pengarah: Kim Sang-ho

Penulis: Yoo Young-ah

Tarikh: 16 Februari

Episod: 12 episod

Pelakon: Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Kim Ji-hyun

Cerita kehidupan yang merendah diri dan drama romantik yang menekankan kisah persahabatan dan cinta tiga orang sahabat yang bakal mencecah usia 40-an. Satu kebetulan ketika sekolah menengah membawa ketiga mereka sebagai sahabat baik sehingga kini.

6. Tomorrow

netflix tomorrow

Pengarah: Kim Tae-Youn, Sung Chi-Wook

Penulis: Park Rhan, Park Ja-kyung, Kim You-jin 

Episod: 16 episod

Pelakon: Kim Hee-seon, Rowoon, Lee Soo-hyuk

Malaikat maut yang biasanya mengiringi si mati kini perlu menyelamatkan sesiapa yang mahu mati. Sebuah drama fantasi kehidupan selepas mati, ianya menampilkan penganggur Choi Jun-woong (Rowoon) yang tanpa sengaja terserempak malaikat maut dalam misi istimewa dan kemudian menjadi pekerja kontrak di Pasukan Pengurusan Krisis untuk membantu misi mereka.

7. A Business Proposal

netflix a business proposal

Pengarah: Park Seon-ho

Penulis: Han Sul-hee 

Episod: 12 episod

Pelakon: Ahn Hyo-Seop, Kim Se-jeong, Seol In-ah, Kim Min-gyu, Lee Deok-hwa

Berdasarkan webtoon popular, ia merupakan kisah romantik pejabat melibatkan CEO sempurna dan pekerja biasa yang terjumpa di temu janji buta. Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) menghadiri temu janji itu mewakilkan rakannya namun tak sangka bahawa pasangannya itu merupakan bosnya sendiri, Kang Tae-moo (Ahn Hyo-seop).

8. The Sound Of Magic

netflix the sound of magic

Pengarah: Kim Sung-youn

Penulis: Kim Min-jeong 

Pelakon: Ji Chang-wook, Choi Sung-eun, Hwang In-yeop 

Diadaptasi dari webtoon ‘Annarasumanara’, ia membawa kisah menyentuh hati mengenai Yoon Ah-yi (Choi Sung-eun) yang perlu membesar dengan cepat dan seorang ahli magis yang meskipun merupakan seorang dewasa namun mahu kekal sebagai kanak-kanak. Ji Chang-wook membawa watak Rieul, seorang ahli magis misteri yang tinggal di taman tema terbiar dan Choi Sung-eun sebagai Yoon Ah-yi manakala Hwang In-yeop membawa watak Na Il-deung, iaitu rakan sekelas gadis itu.

9. Remarriage & Desires

netflix remarriage and desires

Pengarah: Kim Jung-Min

Penulis: Lee Geun-Young

Pelakon: Kim Hee-Sun, Lee Hyun-wook, Jung Eugene, Park Hoon, Cha Ji-Yeon

Drama ini memaparkan satira masayrakat Korea yang digelapkan oleh nafsu. Berlatarbelakangkan agensi mencari jodoh Rex yang melayan kedudukan tertinggi dalam masyarakat, jiwa yang bercita-cita tinggi yang berharap agar dapat menaikkan status mereka dengan berkahwin atau berkahwin lagi ke dalam pangkat si elit. Mereka berharap agar dapat merebut seseorang dari peringkat ‘Black’, iaitu kumpulan tertinggi di mana ia merangkumi 0.001% teratas dalam populasi.

10. A Model Family

netflix a model family

Pengarah: Kim Jin-woo

Tarikh: Lee Jae-gon

Pelakon: Jung Woo, Park Hee-soon, Yoon Jin-seo, Park Ji-yeon

Ia memaparkan kisah seorang lelaki di ambang kemuflisan dan penceraian tanpa sengaja bertemu dengan kereta dipenuhi wang ringgit. Insiden itu membawanya berkenalan dengan kedua tinggi dalam organisasi dadah.

11. Glitch

netflix glitch

Pengarah: Roh Deok

Penulis: Gin Han-sai 

Produser: Yoon Shin-ae

Pelakon: Jeon Yeo-bin, Nana

Seorang wanita yang mahu menjejaki kekasihnya yang hilang telah mendapat bantuan dari UFO. Dalam misi itu, dia menemui rahsia yang misteri.

12. The Accidental Narco

netflix the accidental narco

Pengarah: Yoon Jong-bin 

Penulis: Yoon Jong-bin, Kwon Sung-Hui 

Pelakon: Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Park Hae-soo, Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok, Chang Chen

Berdasarkan kejadian sebenar, ia membawa kisah seorang usahawan biasa yang tiada pilihan melainkan mengambil risiko untuk menyertai misi rahsia kerajaan bagi menangkap tokan dadah yang menguruskan ‘The Accidental Narco’.

13. The Fabulous

Pengarah: Kim Jeong-hyeon

Penulis: Kim Ji-hee, Im Jin-sun

Pelakon: Chae Soo-bin, Choi Min-ho

Drama ini memaparkan kisah romantik realistik yang menyelongkar impian, kasih sayang dan persahabatan anak muda yang mengabdikan hidup mereka untuk bekerja dalam dunia fesyen di mana ‘fashion’ dianggap sebagai ‘passion’.

14. Money Heist: Korea – Joint Economic Area

netflix money heist korea

Pengarah: Kim Hong-sun

Penulis Ryu Yong-Jae, Kim Hwan-Chae, Choe Sung-Jun

Pelakon: Yoo Ji-tae, Kim Yun-jin, Park Hae-soo, Jun Jong-seo, Lee Won-jong, Park Myung-hoon, Kim Seung-oh, Kim Ji-hun, Jang Yoon-ju, Lee Ju-bin, Lee Hyun-woo, Kim Ji-hoon, Lee Kyu-ho

Satu pakar strategi dan sekumpulan pencuri berbakat cuba melakukan rompakan besar di semenanjung Korea. Saksikan pelbagai liku yang perlu dilalui oleh mereka bagi menjayakan misi tersebut.

15. Love to Hate You

Pengarah: Kim Jeong-kwon

Penulis: Choi Soo-young

Pelakon: Kim Ok-vin, Yoo Teo, Kim Ji-hun, Go Won-hee

Menampilkan kisah hubungan perang di antara wanita yang tak suka kalah dengan lelaki dan lelaki yang sentiasa berasa sangsi terhadap wanita. Mereka kemudiannya menyelongkar keserasian disebalik perbezaan personaliti.

16. Somebody

netflix somebody

Pengarah: Jung Ji-woo

Penulis: Jung Ji-woo, Han Ji-wan

Pelakon: Kim Young-kwang, Kang Hae-lim, Kim Yong-ji, Kim Su-yeon

Sebuah kes pembunuhan misteri menyelubungi aplikasi mencari cinta sosial ‘Somebody’ dan menyebabkan pengasas serta rakan-rakannya berbelit dengan isu yang berkaitan figura misteri bernama Yoon-oh.

17. Black Knight

Pengarah: Cho Ui-seok

Penulis: Cho Ui-seok

Pelakon: Kim woo-bin, Kang you-seok, Esom etc.

Drama ini berlatarbelakangkan pada tahun 2071 di mana semua bergantung pada topeng pernafasan untuk bernafas. Hanya satu peratus dari populasi manusia terselamat dan strafikasi sosial sudah ditetapkan di tanah terbiar di Semenanjung Korea. Penghantar barangan merupakan figura penting dalam sistem ini, dan bagi pelarian, menjadi pemandu penghantar ialah satu-satu harapan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

18. Love And Leashes

netflix love and leashes

Pengarah: Park Hyun-jin

Penulis: Park Hyeon-jin, Lee Da-hye 

Tarikh: 11 Februari

Pelakon: Seo Hyun, Lee Jun-Young, EL

Berdasarkan webtoon popular, ia membawa kisah Ji-hoo (Lee Jun-young), seorang yang kelihatan sempurna namun mempunyai ‘citarasa’ yang unik manakala Ji-woo (Seo-hyun) ialah staf perhubungan awam yang berdedikasi dan tanpa sengaja mempelajari rahsia lelaki itu dan mula berasa ingin tahu.

19. Yaksha: Ruthless Operation

netflix yaksha ruthless operation

Pengarah: Na Hyun 

Penulis: An Sang-hoon, Na Hyun 

Pelakon: Sul Kyung-gu, Park Hae-soo, Hiroyuki Ikeuchi, Yang Dong-keun, EL, Song Jae-lim, Park Jin-young

Membawa kisah seorang lelaki kejam bernama ‘Yaksha’ yang bertemu dengan seorang pendakwaraya dalam sebuah inspeksi istimewa di Shenyang, China yang terkenal sebagai tempat pengintip.

20. Carter

netflix carter

Pengarah: Jung Byung-gil

Penulis: Jung Byung-gil, Jung Byeong-sik

Pelakon: Joo Won

Filem ini membawa kisah seorang ejen yang hilang ingatan namun telah dicampak ke dalam sebuah misi misteri.

21. Seoul Vibe

Pengarah: Moon Hyun-sung

Pelakon: Yoo Ah-in, Ko Kyung-Pyo, Lee kyoo-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu

Sebuah blockbuster aksi yang memaparkan kru yang dikenali sebagai pasukan Sangedong Supreme. Pada ketika dunia tertancap pada Sukan Olimpik Seoul 1988, isu transaksi dana secara haram merupakan sesuatu yang signifikan. Sebuah operasi istimewa telah diketui oleh pasukan ini bagi membongkar kepincangan dan rasuah disebalik dana ini.

22. 20th Century Girl

netflix 20th century girl

Pengarah: Bang Woo-ri

Pelakon: Kim You-jung, Byeon Woo-seok, Park Jung-woo, Roh Yoon-seo

Pada tahun 1999, tahun terakhir alaf ke-20, Bo-ra yang berusia 17 tahun menemui cinta pertamanya di mana hubungan mereka ialah manis, naif namun mematahkan hati. Bertahun kemudian dalam alaf ke-21, dia mendapat berita mengenai cinta pertamanya itu lantas membangkitkan semula kisah romantik remaja yang disangka sudah dilupakan.

23. JUNG_E

netflix jung_e

Pengarah: Yeon Sang-ho

Penulis: Yeon Sang-ho

Pelakon: Kang Soo-youn, Kim Hyun-joo, Ryu Kyung-soo 

Siri ini membawa penonton melihat bumi pada alaf ke-22 di mana ia tidak mampu lagi dihuni kerana perubahan iklim. Dalam kekalutan itu, satu perang telah tercetus di dalam tempat perlindungan untuk kelangsungan hidup manusia. ‘Victory’ iaitu bermaksud pengakhiran peperangan kini bergantung pada pencarian cara untuk mengklon ciptaan legenda JUNG_E kepada robot berskala.

Perghhh busy lah tahun 2022 ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...