Ikuti Kami:

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 11 Naskhah Ini Bakal Tayang Di Netflix Pada Separuh Kedua 2023

Pelbagai Genre & Pelakon Hebat, 11 Naskhah Ini Bakal Tayang Di Netflix Pada Separuh Kedua 2023

Nampaknya, akan ada banyak K-Drama baru yang akan menemui penonton di Netflix tak lama lagi!

Terbaru, Netflix telah berkongsi antara kandungan Korea menarik yang akan ditayangkan pada separuh kedua 2023 ini, sekaligus melancarkan video pendek, memberi sedikit teaser kepada penonton.

Jom lihat senarai di bawah!

Gyeongseong Creature

netflix gyeongseong creature

“Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.

Ballerina

netflix ballerina

Dibintangi oleh Jeon Jong-seo dan Kim Ji-hoon, “Ballerina” adalah filem yang akan mengisahkan tentang dendam yang indah dan kejam yang dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Ok-ju untuk rakannya yang paling berharga, Min-hee.

Sweet Home 2

netflix sweet home 2

“Sweet Home” menceritakan tentang kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home, dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Song of the Bandits

netflix song of the bandits

“Song of the Bandits” yang dibintangi Kim Nam-gil dan Seohyun, ialah sebuah drama aksi romantik berlatar belakangkan tahun 1920 di mana penduduk melawan sesiapa yang cuba menakluki kawasan mereka bagi melindungi tanah, keluarga dan rakan seperjuangan. Menerusi watak fiksyen, sejarah kekalahan akan diubah sebagai satu kemenangan.

A Time Called You

netflix a time called you

“A Time Called You” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee (Jeon Yeo-been), yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon (Ahn Hyo-seop), seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia.

Doona!

netflix doona!

Dibintangi Suzy dan Yang Se-jong, “Doona!” mengikuti seorang vokalis wanita dari kumpulan Sweet Dream, yang membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya selebritinya dan kembali belajar dalam jurusan Teater dan Perfileman di Universiti Min-song.

Celebrity

netflix celebrity

“Celebrity” akan mempamerkan keinginan, pertembungan, dan keganasan antara bintang, serta kesusahan mereka untuk mencapai impian mereka. Drama ini akan diterajui oleh Park Gyu-young.

D.P. 2

netflix d.p 2

“D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea.

Mask Girl

netflix mask girl

“Mask Girl” ialah kisah thriller yang berlaku apabila Kim Mo-mi (Go Hyun-jung/ Nana), yang mempunyai kerumitan tentang penampilannya. Pada satu hari, dia terlibat dalam insiden yang tidak dijangka semasa bekerja sebagai BJ penyiaran Internet setiap malam.

Daily Dose of Sunshine

netflix daily dose of sunshine

“Daily Dose of Sunshine” yang diterajui Park Bo-young dan Jang Dong-yoon, akan menceritakan tentang pelbagai jenis kejadian yang berlaku di wad psikiatri. Berdasarkan pengalaman sebenar sebenar seorang jururawat psikiatri, drama ini akan berkisar tentang kisah jururawat Jung Da-eun.

Believer 2

netflix believer 2

“Believer 2” ialah sekuel kepada filem “Believer” pada 2018 dan ia mengisahkan tentang Detektif Jo Won-ho (Cho Jin-woong) menggali organisasi dadah terbesar di Asia.

Sama-sama kita nantikan semua naskhah hebat di atas bakal ditayangkan pada separuh kedua 2023 ini menerusi laman Netflix!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...