Ikuti Kami:

Pelbagai Genre, 4 K-Drama Baru Bakal Temui Anda Secara Eksklusif Di Netflix Pada Mei Ini

Pelbagai Genre, 4 K-Drama Baru Bakal Temui Anda Secara Eksklusif Di Netflix Pada Mei Ini

Netflix sentiasa berada di hadapan dalam memberikan kandungan Korea terbaik kepada penontonnya. Sebab itu, peminat K-Drama pastinya bersorak gembira kerana laman penstriman popular itu bakal menyajikan 4 drama baru bermula Mei nanti.

Mine | 8 Mei

netflix mine

“Mine” membawa kisah dua wanita kuat yang merupakan menantu kepada keluarga kaya. Melawan kekangan dan jangkaan yang ditetapkan masyarakat, kedua wanita ini bekerja untuk mendapat hak mereka.

Mad For Each Other |10 Mei

netflix mad for each other

Sukakan drama romantik? Nampaknya “Mad For Each Other” memang dicipta buat anda. Noh Hwi-oh (Jung Woo) dan Lee Min-kyung (Oh Yeon-seo) mempunyai masa lampau yang menyakitkan tersendiri semasa pertama kali berjumpa. Dan keduanya turut mengalami masalah emosi seperti kesukaran mengawal kemarahan dan kerisauan yang melampau. Semakin mengenali satu sama lain, mereka mula memahami diri masing-masing dan akhirnya jatuh cinta.

Move To Heaven | 14 Mei

netflix move to heaven

“Move To Heaven” membawa kisah Cho Sang-gu (Lee Je-hoon) dan Han Geu-ru (Tang Jun-sang) yang bekerja bersama-sama sebagai ‘pembersih trauma’. Geu-ru yang mengalami simptom Asperger mengajar penjaga barunya, Sang-gu mengenai cara untuk membersih dan mengemas barangan milik orang yang sudah tiada secara terhormat. Dengan cara ini, mereka membantu menyusun perpindahan terakhir si mati dan menyampaikan mesej yang ditinggalkan mereka.

Racket Boys | Mei

netflix racket boys

Sesiapa yang gemar drama mengenai anak muda, anda pasti tidak mahu terlepas menonton “Racket Boys”. 16 lelaki dan gadis bergabung dalam mengejar impian mereka sebagai bintang sukan badminton. Terdiri daripada watak yang pelbagai, antaranya pemain besbol, seorang yang sukakan perhatian, raja fesyen, si mulut banyak dab banyak lagi. Drama ini bakal menampilkan barisan pelakon baru seperti Tang Jun-sang, Son Sang-yeon, Choi Hyun-wook, Kim Kang-hoon, Lee Jae-in dan Lee Ji-won.

Jangan lupa langgan Netflix untuk layan kesemua drama hebat ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...