Ikuti Kami:

Pelbagai Genre, 4 K-Drama Baru Bakal Jengah Di Netflix Jun Ini

Pelbagai Genre, 4 K-Drama Baru Bakal Jengah Di Netflix Jun Ini

Berita baik buat penonton K-Drama, akan ada 3 K-Drama baru yang akan menyapa anda tak lama lagi.

Bukan sahaja pelbagai genre, malah ia dibintangi oleh ramai pelakon hebat yang pastinya akan membuatkan hari anda semakin menyeronokkan.

Alchemy Of Souls (18 Jun)

“Alchemy of Souls” yang ditulis oleh duo ‘Hong Sisters’ ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

netflix alchemy of souls

Money Heist: Korea – Joint Economic Area (24 Jun)

“Money Heist: Korea – Joint Economic Area” bahagian 1 akan mempunyai sejumlah 6 episod. Berlatarbelakangkan Semenanjung Korea menjelang penyatuan semula, ini adalah drama jenayah rompakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang mengisahkan tentang ahli strategi yang cemerlang dan orang yang mempunyai personaliti serta kebolehan yang berbeza.

netflix money heist

Cafe Minamdang (27 Jun)

Ianya merupakan komedi misteri melibatkan seorang bekas profiler yang menjadi bomoh kini.

netflix cafe minamdang

Extraordinary Attorney Woo (29 Jun)

Ia membawa kisah seorang peguam muda (Park Eun-bin) dengan sindrom Asperger yang menyertai firma guaman terkenal. Disebabkan IQ yang tinggi iaitu 164, ingatan yang baik dan proses pemikiran yang kreatif, si bijak Woo Young-woo tamat pengajian sebagai pelajar terbaik dalam tahunnya dari Universiti Kebangsaan Seoul, namun dia masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan interaksi sosial.

netflix extraordinary attorney woo

Tunggu Jun ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...