Ikuti Kami:

Pelbagai Drama Raih Rating Tinggi, Penonton Jangka Persaingan Sengit Untuk Anugerah Drama SBS 2020

Pelbagai Drama Raih Rating Tinggi, Penonton Jangka Persaingan Sengit Untuk Anugerah Drama SBS 2020

Kalau anda semua nak tahu, stesen penyiaran di Korea sering mengadakan anugerah mereka tersendiri pada setiap penghujung tahun. Ianya dibahagikan kepada kategori drama dan juga hiburan. Sesiapa yang memenangi anugerah pada malam tersebut sudah pastinya akan mendapat perhatian daripada netizen dan juga penonton daripada luar negara.

Baru-baru ini, seorang netizen yelah memuat naik satu entri di laman komuniti dan menyatakan bahawa drama yang ditayangkan di bawah stesen penyiaran SBS untuk tahun 2020 ini pasti akan melalui persaingan yang sangat sengit. Ini kerana banyak naskhah yang ditayangkan di SBS telah menerima sambutan yang baik daripada penonton dek rating yang tinggi.

Stove League

drama stove league

Drama ini yang mempunyai plot yang ampuh mengenai dua jurulatih yang mahu mengangkat satu pasukan besbol daripada bawah sehingga ke tempat teratas dalam liga. Dilakonkan oleh Namgoong Min dan Park Eun-bin, gandingan mereka berdua menerima pujian penonton selain rating tertinggi yang dicatatkan oleh drama ini ialah 19.1%.

Dr. Romantic 2

doctor romantic 2

Masih lagi diterajui oleh Han Suk-kyu tetapi dengan dua doktor baru yang dilakonkan oleh Lee Sung-kyung dan Ahn Hyo-seop, sekuel ini nampaknya berjaya meneruskan impak yang ditinggalkan semasa musim pertamanya. Rating terbaik yang dicatatkan oleh naskhah ini ialah 27.1%.

Hyena

hyena

Membawa kisah dua orang peguam yang bekerja untuk masyarakat dalam 1% teratas, ia menerima sambutan ramai dek lakonan hebat oleh dua pelakon utamanya iaitu Kim Hye-soo dan Joo Ji-hoon. Rating terbaik yang direkodkan oleh drama ini sepanjang tayangannya ialah 14.6%.

Nobody Knows

episod akhir nobody knows

Drama thriller saspens ini mengisahkan detektif yang masih dihantui dengan trauma pembunuhan rakannya yang berlaku pada 19 tahun lepas. Dia kemudiannya terus membongkar rahsia disebalik insiden tersebut dan plot yang tegang tersebut berjaya meraih rating tertinggi 11.4%.

The King: Eternal Monarch

the king: eternal monarch

Digarap oleh penulis hebat iaitu Kim Eun-sook, sudah pasti ianya mendapat perhatian ramai. Tambahan pula, ianya diterajui oleh pelakon popular seperti Lee Min-ho dan Kim Go-eun lantas menaikkan lagi popularitinya dalam kalangan penonton K-Drama. Disebabkan oleh itu, rating tertinggi yang dicatatkan oleh drama ini ialah 11.6%.

Good Casting

episod akhir good casting

Menceritakan kisah 3 perisik wanita yang menyamar di sebuah syarikat IT bagi membongkar kebenaran disebalik kematian rakan sekerja mereka pada 3 tahun lepas. Drama komedi aksi ini berjaya meraih rating tertinggi sebanyak 12.3%.

Backstreet Rookie

ji changwook dan kim yoojung berbeza umur 12 tahun

Menggandingkan Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung, drama ini berjaya mencatat rating tinggi sebanyak 9.5%.

Alice

alice

Kisah misteri fantasi mengenai pengembaraan masa nyata membuatkan semua penonton berdebar semasa menontonnya. Walaupun sedang ditayangkan, ia sudah merekodkan rating tinggi iaitu 10.6% setakat ini.

Do You Like Brahms?

episod awal do you like brahms

Masih ditayangkan, ramai katanya sukakan ketenangan yang ditonjolkan dalam drama ini dek kisah cinta yang bercambah diiringi muzik klasik. Setakat ini, rating terbaik drama ini ialah 5.6%.

Memang sengit persaingan nanti memandangkan semua drama mempunyai persona sendiri, anda suka yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...