Ikuti Kami:

Pelbagai Dilema Cinta Realistik Korang Pasti Boleh Fahami, Tonton Filem ‘Sweet & Sour’ Di Netflix Kini

Pelbagai Dilema Cinta Realistik Korang Pasti Boleh Fahami, Tonton Filem ‘Sweet & Sour’ Di Netflix Kini

Filem romantik realistik sebenarnya lebih mudah didekati penonton berbanding romantik rekaan yang agak sukar dilihat dalam dunia sebenar. Disebabkan itu, penonton pastinya akan dapat memahami 100% dilema cinta yang ditampilkan dalam filem terbaru Netflix ini.

“Sweet & Sour” membawa kisah seorang lelaki bernama Jang Hyeok (Jang Ki-young) yang mahukan kedua-dua cinta dan kerja, Da-eun (Chae Soo-bin) iaitu teman wanitanya dan Bo-yeong (Krystal) iaitu wanita yang ditemuinya dalam satu persekitaran baru. Ianya digambarkan sebagai sebuah naskhah komedi romantik menyegarkan mengenai hubungan rumit di antara tiga orang individu dengan emosi yang berbeza.

KimchiDaily bertuah kerana dapat menyertai sidang media virtual bersama barisan pelakon serta pengarah “Sweet & Sour” baru-baru ini. Daripada cerita yang dikongsi mereka, nampaknya para penonton pastinya boleh ‘relate’ dengan beberapa situasi cinta di dalamnya.

netflix sweet & sour

Courtesy of Netflix

Cinta seperti gula-gula

Nama filem ini dipilih dengan spontannya apabila pengarah dan staf lain menjamah gula-gula dengan nama yang sama semasa awal membaca skrip. Disebabkan oleh rasanya yang masam dan manis, ianya membuatkan mereka terus mengambilnya satu demi satu. Katanya, tindakan itu sangatlah bersesuaian dengan kisah yang dipaparkan dalam “Sweet & Sour”.

Apabila menjalani hubungan cinta, pastinya ada momen manis dan masam. Salah faham dan kekeliruan turut akan membuatkan anda merasai pahitnya.

Kisah romantik realistik

Cerita romatik bak kisah dongeng memang mengasyikkan namun penyampaian realistik sebenarnya lebih mudah difahami oleh ramai penonton. Sama seperti tema utama filem “Sweet & Sour”, jelas pengarah Lee Kae-byeok,

Saya rasa anak muda kini lebih sibuk berbanding semasa kami muda. Dengan kehidupan yang sibuk, pastinya mereka mengalami kesukaran dalam perhubungan.

Tambah Jung Soo-jung pula,

Filem ini membuatkan anda berfikir, ‘Apa yang akan terjadi sekiranya saya lakukan ini dalam situasi tersebut?’. Awak boleh letakkan diri dalam posisi Jang Hyeok, Da-eun atau Bo-yeong. Tak kisahlah, anda dalam perhubungan yang lama ataupun baru mulakannya, filem ini pasti boleh difahami.

Situasi yang dihadapi kesemua watak adalah realistik sehingga mungkin anda akan ungkapkan ‘Oh, saya pernah laluinya’ atau ‘Perkara itu pernah terjadi pada rakan saya!’.

netflix sweet & sour

Courtesy of Netflix

Cinta tiga segi

Menampilkan tiga watak berbeza, filem ini turut menyelitkan dua situasi romantik yang berlainan. Jang Hyeok dan Da-eun yang sudah lama bercinta, mula mengalami keretakan dalam perhubungan itu. Ditambah pula dengan bebanan kerja yang mengambil banyak masa, keduanya mula merasakan jurang di antara mereka.

Dalam kesempitan itu, Bo-yeong hadir sebagai cahaya baru dalam kehidupan Jang Hyeok. Meskipun sedikit bertelagah pada awalnya, namun tidak dapat dinafikan dinamik sempurna mereka semasa bekerja. Sampaikan jadi asbab cemburu rakan sekerja lain!

Disebabkan oleh situasi dua perhubungan yang berbeza ini, banyak yang boleh dipelajari penonton menerusinya.

Kata Jung Soo-jung,

Seperti kimbap tiga segi, awak tak akan tahu apa isinya selagi semuanya tak dikupas. Awak perlu saksikan filem ini untuk mengetahui keseluruhan cerita.

netflix sweet & sour

Courtesy of Netflix

Kehidupan pekerja yang melelahkan

Benar diambil dari perspektif realiti, tuntutan kerjaya pastinya menjadi punca utama kegoyahan utama dalam filem ini. Malah karakter Da-eun iaitu seorang jururawat yang sentiasa bekerja syif tak tentu masa dan Jang Hyeok yang nekad berpindah lebih jauh demi merebut jawatan tetap di syarikat gah pastinya merupakan refleksi kepada kehidupan anak muda yang mencari kestabilan hidup kini.

Menurut Jang Ki-yong, “Sweet & Sour” turut menekankan realiti kehidupan sekarang,

Filem ini memaparkan dengan realistik pekerja yang penat secara mental, terutamanya pekerja sementara. Sepertinya anda tidak mampu mendapat pengesahan walaupun segigih mana mencuba dan meletakkan sepenuh usaha meskipun tidak tahu apa yang sedang dilakukan itu. Tidak kisah dalam mana-mana bidang pun, ramai yang terseksa dek kebimbangan dan keresahan ini. Saya pasti kisah setiap watak boleh difahami oleh penonton.

Tiada lagi cinta

Dalam “Sweet & Sour”, penonton pasti akan berasa sedih apabila melihat api cinta antara Jang Hyeok dan Da-eun yang semakin malap. Malah melihatkan skrip di mana Jang Hyeok mula mengabaikan Da-eun turut membuatkan Chae Soo-bin sendiri terasa kesedihannya,

Semasa sedang membaca skrip, saya berasa sedih dan dapat merasakan perasaan diabaikan itu. Saya teringatkan satu babak di mana kami baring berdua namun Jang Hyeok kemudiannya beralih ke arah lain dan menarik keseluruhan selimut kepadanya. Saya berasa sangat tidak dihargai ketika itu.

netflix sweet & sour

Courtesy of Netflix

Harapan cinta buat semua

Apabila ditanya mengenai mesej yang mahu disampaikan menerusi “Sweet & Sour”, pengarah Lee Kae-byeok mengungkap,

Saya mahu membawa kisah romantik dalam dunia sebenar. Bukan itu sahaja, saya mahu menyampaikan mesej ‘cinta sebanyak mana yang anda mahu’ buat penonton. Sekiranya anda sedang dalam perhubungan, hargainya. Jikalau anda baru sahaja menamatkan perhubungan dan sedang berada dalam fasa pahitnya, saya mahu ingatkan masih ada lagi cinta yang pahit manis sedang menanti anda.

Baru baca artikel ini, tapi anda dah boleh rasakan pahit dan manis hubungan Jang Hyeok, Da-eun serta Bo-yeong kan?

Jadi, jangan tunggu lagi dan lihat pengakhiran kisah romantik mereka dalam “Sweet & Sour” menerusi Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...