Ikuti Kami:

Pelan Debut BABY MONSTER Ditunda Dek Pembaharuan Kontrak BLACKPINK Tak Capai Kata Sepakat?

Pelan Debut BABY MONSTER Ditunda Dek Pembaharuan Kontrak BLACKPINK Tak Capai Kata Sepakat?

Sepertinya masa hadapan YG Entertainment berada di awangan dek ketidakpastian mengenai pembaharuan kontrak BLACKPINK.

Selepas khabar angin Jennie, Jisoo dan Lisa menukar agensi bertiup kencang, saham agensi itu jatuh lebih 15% dalam sehari. Malah, hal ini turut akan memberikan kesan pada pelan debut kumpulan wanita baru agensi itu iaitu BABY MONSTER.

Dianggotai oleh Ahyeon, Haram, Rora, Pharita, Chiquita, Ruka dan Asa, kesemua mereka dikenali kerana memiliki vokal, tarian, rap dan visual yang mantap. Bukan itu sahaja, langganan YouTube mereka sudah pun mencecah 3 juta kini meskipun belum debut secara rasmi.

baby monster

Meskipun dijanjikan akan menemui peminat pada bulan ini namun YG Entertainment mengumumkan bahawa pelan itu terpaksa ditunda sedikit masa lagi dengan alasan untuk meningkatkan kualiti mereka.

Ada yang mengatakan bahawa tarikh debut BABY MONSTER terpaksa ditunda kerana agensi tersebut sedang memberikan fokus buat pembaharuan kontrak anggota BLACKPINK.

Tambahan pula, mereka dikenali kerana menghasilkan kumpulan hebat seperti BIG BANG, 2NE1 dan BLACKPINK, jadi pastinya ada tekanan untuk memastikan BABY MONSTER dapat menyambung legasi itu pada masa akan datang.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...