Setiap pasangan suami isteri semestinya mempunyai gaya hidup tersendiri, dan mungkin bukan konvensional mengikut budaya tradisional.
Terbaru, pelakon Han Chae-ah membuat kejutan apabila mengakui bahawa dia dan suaminya tidur di bilik berasingan.
Kongsinya dalam program “Reality Couple”,
Sejujurnya, saya tidur bersama anak. Jadi, saya suruh suami tidur di bilik lain.
Akui Han Chae-ah, dia membuat permintaan seperti itu kerana risau jika suaminya tanpa sengaja akan mengejutkan anak mereka.
Walaupun tidur berasingan di rumah, mereka akan tidur sekali apabila bercuti di hotel.
Apabila melancong, saya tiada pilihan lain selain tidur dengannya.
Usik ahli panel lain,
Apa maksud awak ‘tiada pilihan’?
Dalam pada itu, Han Chae-ah yang berlakon dalam drama seperti “The King’s Affection” dan “The Golden Spoon” berkahwin dengan Cha Se-jji dan memiliki seorang anak bersama.
Ragam orang berkahwin gitulah kan..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉