Ikuti Kami:

Pelakon Utama ‘Flower Of Evil’ Beri Sebab Kenapa Perlu Tonton Drama Melodrama Thriller Ini

Pelakon Utama ‘Flower Of Evil’ Beri Sebab Kenapa Perlu Tonton Drama Melodrama Thriller Ini

Bakal memulakan tayangan esok (29 Julai), para teraju utama “Flower Of Evil” berkongsi kepada penonton apa yang mereka akan lalui sekiranya menonton naskhah melodrama thriller ini.

“Flower Of Evil” ini membawa kisah Baek Hee-sung (Lee Jun-ki) iaitu seorang lelaki yang menyembunyikan kisah silamnya dan berlakon mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Sebagai seorang detektif, wanita itu mula berasa sangsi dengan suaminya dan pasangan tersebut terpaksa menghadapi rahsia gelap yang menyakitkan.

Menurut Lee Jun-ki,

Memang boleh membayangkan imej yang gelap apabila mendengar tajuk ‘Flower Of Evil’ tetapi selepas membaca skrip dan lakonan dalam drama ini, saya rasa maksud sebenar ‘Flower Of Evil’ ialah ‘Bunga Kebenaran dan Cinta’.

Apabila anda dalam perjalanan mencari apakah rasanya memiliki cinta abadi sampaikan anda tidak mahu kehilangannya namun anda kemudiannya dihadapkan dengan kebenaran menyesakkan yang menyokong cinta itu, bagaimana anda akan menghadapinya? Saya sering terfikirkan perkara ini pada saban episod dan saya rasa, teka-teki ini sedikit sebanyak akan membawa makna nanti. Saya rasa penonton juga akan lebih membayangkan mengenai cinta dan kebenaran.

flower of evil

Kata Moon Chae-won pula,

Saya rasa sebagai seorang manusia, seorang itu pasti mahu diselamatkan oleh orang kesayangannya. Saya mahu gambarkan drama ini sebagai ‘Bunga yang Diselamatkan’.

Daripada drama ini, anda akan menjumpai jawapan kepada persoalan seperti ‘Adakah boleh satu perhubungan cinta itu berlaku kerana dia mahu selamatkan yang satunya?’ dan ‘Adakah perhubungan cinta boleh diteruskan dengan dua orang yang bertindak sebagai penyelamat kepada satu sama lain?’

flower of evil

Jang Hee-jin yang membawa watak Do Hae-soo iaitu anak kepada seorang pembunuh bersiri menjelaskan bahawa drama ini adalah seperi ‘Bunga dengan Hubungan Yang Ditakdirkan’. Katanya, ia adalah angin ribut bagi perubungan yang sudah ditakdirkan. Wanita itu juga meminta penonton untuk mengikuti drama ini untuk mengetahui bagaimana setiap watak berkaitan dan apakah kebenaran yang tersorok disebalik takdir perkenalan mereka.

Jangan lupa untuk saksikan “Flower Of Evil” di tvN pada setiap Rabu dan Khamis!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...