Ikuti Kami:

Pelakon ‘The World Of The Married’ Pilih Watak Seol Myeongsuk Sebagai Pemenang Terakhir Di Antara Mereka

Pelakon ‘The World Of The Married’ Pilih Watak Seol Myeongsuk Sebagai Pemenang Terakhir Di Antara Mereka

Dek kepopularitian “The World Of The Married”, JTBC telah menghadiahkan penonton dengan dua episod istimewa bagi menyelami perasaan setiap pelakon utamanya dalam memicu kejayaan drama tersebut.

Daripada temu bual yang dilakukan bersama dengan mereka, salah satu soalan yang dilontarkan ialah kenapa watak Seol Myeong-suk merupakan pemenang terakhir di dalam rantaian yang berselirat di antara watak yang lain.

Seperti yang semua ketahui, wanita ini menerima cacian penonton sejak daripada awal tayangan lagi kerana tergamak menyorokkan kecurangan Lee Tae-oh daripada pengetahuan Ji Sun-woo yang merupakan rakan baiknya sendiri.

seol myeongsuk the world of the married

Bahkan sikapnya yang asyik memberi sokongan ke sana sini seperti lalang nyata membuatkan semua sakit hati. Sampai hati pula doktor itu dalam diam cuba merampas jawatan Ji Sun-woo sebagai timbalan pengarah di hospital mereka. Jahat!

Shim Eun-woo (Min Hyun-seo) bersetuju dengan kenyataan bahawa Seol Myeong-suk merupakan watak yang menerima sokongan ramai pada akhirnya.

Daripada semua karaktaer, Seol Myeong-suk merupakan yang paling dibenci ramai, tapi kemudiannya ia berubah.

Tidak tahan mendengar pengarah hospital berterusan merendahkan martabat doktor wanita, Seol Myeong-suk terus mengamuk dan membela Ji Sun-woo yang banyak menyumbang jasanya pada institusi kesihatan tersebut. Tak cukup dengan itu, wanita tersebut memberikan sokongan penuh kepada Ye-rim dan Sun-woo apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah dengan suami masing-masing.

seol myeongsuk the world of the married

Han So-hee (Yeo Da-kyung) turut mempersetujui bahawa Seol Myung-seok merupakan pemenang terakhir dalam drama ini.

Dia menyesal dengan tindakannya merahsiakan hal kecurangan tersebut. Bahkan karakternya juga merupakan seorang yang berbangga dengan maruah seorang wanita.

Memang benar dia adalah pemenang terakhir! Pada penghujung “The World Of The Married”, Seol Myeong-suk berjaya menduduki kerusi sebagai timbalan pengarah hospital yang sudah lama diimpikan itu. Lagi best, doctor tersebut sudah menjumpai seorang lelaki yang bakal menyinari harinya yang mendatang.

Mulanya dibenci, akhirnya disokong. Mesti anda pun mempunyai rasa yang sama kan?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...