Ikuti Kami:

Pelakon ‘The Red Sleeve’ Jadi Tetamu, Program ‘Radio Star’ Raih Rating Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

Pelakon ‘The Red Sleeve’ Jadi Tetamu, Program ‘Radio Star’ Raih Rating Tertinggi Dalam Tempoh 2 Tahun

Program “Radio Star” telah berjaya raih rating tertinggi dalam tempoh hampir 2 tahun!

Episod pada 26 Januari rancangan pelbagai MBC “Radio Star”, menampilkan ahli pelakon “The Red Sleeve” Lee Jun-ho, Lee Se-young, Jang Hye-jin, Oh Dae-hwan, Kang Hoon, dan Lee Min-ji sebagai tetamu, berikutan kejayaan besar drama mereka.

Menurut Nielsen Korea, episod “Radio Star” pada tarikh tersebut, telah berjaya mencapai purata rating penonton seluruh negara sebanyak 8.3%, iaitu 2.6% lebih tinggi daripada rating episod sebelumnya. Ini adalah kali pertama program itu melepasi rating sebanyak 8% dalam tempoh hampir dua tahun, sejak episod yang menampilkan peserta “Mister Trot” pada 8 April 2020, yang mencatatkan purata penarafan penonton sebanyak 10%.

mbc radio star the red sleeve

Tahniah “Radio Star”! Nampaknya penangan drama “The Red Sleeve” masih belum surut meskipun sudah tamat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...