Meskipun dibintangi pelakon hebat, 5 naskhah ini telah dipilih sebagai K-Drama paling teruk pada tahun ini.
The Potato Lab
Drama comeback Kang Tae-oh selepas “Extraordinary Attorney Woo”, “The Potato Lab” nampaknya tersenerai dalam drama yang dianggap mengecewakan pada tahun ini.
Melihat rekod dari Nielsen Korea, rating tertinggi drama ini hanya mencecah 2%, dengan ramai yang memberi komen bahawa hubungan antara watak utama mengembang terlalu perlahan.
When The Stars Gossip
Merupakan melodrama sci-fi berbajet besar pertama di Korea, “When the Stars Gossip” gagal meraih perhatian penonton, dengan rating paling tinggi yang pernah dicatat hanya pada 2.36%.
Selain plot yang dianggap membosankan, lakonan Lee Min-ho juga dianggap sama dan berulang seperti wataknya sebelum ini.
Crushology 101
Diadaptasi dari webtoon “Bunny and Her Boys”, drama ini mengikuti kisah cinta berselirat seorang gadis dengan empat lelaki yang menarik. Meskipun lakonan Roh Jeong-eui dipuji ramai, drama ini pernah mencecah rating terendah sehingga 0.7%.
Melihat komen penonton, ada yang mengkritik plot drama sekolah klise yang sering dipaparkan dan juga penyampaian emosi yang hambar.
Kick Kick Kick Kick
Seterusnya adalah siri “Kick Kick Kick Kick” yang dibintangi Ji Jin-hee, Lee Kyu-hyung dan Kim Do-hoon. Walaupun ia adalah genre sit-kom, kebanyakan penonton anggap ia tidak masuk akal dan tidak kelakar.
Malahan, ratingnya juga berlegar hanya di sekitar 0.3% dan tidak pernah melepasi 1%.
The Divorce Insurance
“The Divorce Insurance” adalah bukti bahawa pelakon terkenal tidak memberi jaminan bahawa drama itu akan berjaya.
Dibintangi Lee Dong-wook, Lee Da-hae, Lee Joo-bin dan Lee Kwang-soo, drama keluaran tvN ini bermula dengan rating memuaskan iaitu 3.2% di seluruh negara. Namun, ia terus menunjukkan penurunan untuk episod seterusnya sehingga mencecah 0.9%.
Antara komen dari penonton adalah skrip drama ini dianggap tidak menarik dan plot yang sama pernah disiarkan sebelum ini.
Hmm korang setuju tak?