Ikuti Kami:

Pelakon Lelaki Ini Dituduh Pukul Kekasih & Sebar Penyakit Kelamin

Pelakon Lelaki Ini Dituduh Pukul Kekasih & Sebar Penyakit Kelamin

Pelakon muzikal terkenal Jeon Ho-jun dituduh oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas teman wanitanya menuduh beliau melakukan serangan fizikal, pemerasan wang, dan menyebarkan penyakit kelamin (STD) semasa hubungan mereka.

Terdahulu, wanita tersebut yang dikenali sebagai “A” telah memuat naik hantaran di media sosial untuk menuduh Jeon Ho-jun mencederakannya secara fizikal. A turut mendakwa telah mengambil hampir 10 juta KRW daripadanya atas alasan ingin berkahwin, termasuk perbelanjaan perjalanan ke Thailand yang ditanggung sepenuhnya oleh dirinya.

Jeon Ho-jun turut dituduh melakukan serangan,

Apabila saya tiba di rumahnya, dia berada dalam keadaan sangat mabuk. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia terus mencekik saya, menarik rambut hingga saya jatuh ke lantai, lalu menekan lututnya ke dada saya sambil terus mencekik.

Tambahnya lagi, selepas dia cuba melarikan diri, Jeon Ho-jun telah menampar mukanya, dan keadaan bertukar menjadi pergelutan fizikal antara kedua-duanya.

jeon hojun

Walaupun pada awalnya A menyatakan dia tidak mahu menuntut hukuman, dia mendakwa Jeon kemudiannya mengupah peguam dan terus memutuskan semua hubungan dengannya. “Saya sangat marah dan berasa amat dianiaya,” katanya sambil berkongsi gambar lebam, log perbualan, dan kenyataan polis sebagai bukti menyokong dakwaannya.

Sebagai respons, Jeon Ho-jun secara terbuka menafikan tuduhan tersebut dan juga memuat naik bukti dari pihaknya, termasuk gambar kecederaan di muka serta rambut yang dipenuhi darah, di mana dia mendakwa bahawa keganasan berlaku dari kedua-dua pihak.

Dalam temu bual bersama media, pelakon itu menjelaskan,

Tiga bulan lalu, saya memberitahu A bahawa saya ingin berpisah, tetapi dia memberi reaksi melampau sehingga menyukarkan saya untuk menamatkan hubungan tersebut. Walaupun saya cuba menyelesaikan perkara ini secara damai, konflik masih berterusan.

Nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Fact

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...