Ikuti Kami:

“Pelakon Lelaki Boleh Je..” – 43 Tahun Kini, Lee Yuri Kesal Watak Terhad Buat Pelakon Wanita

“Pelakon Lelaki Boleh Je..” – 43 Tahun Kini, Lee Yuri Kesal Watak Terhad Buat Pelakon Wanita

Tidak dinafikan pelakon wanita sering mengalami kekurangan kalau dibandingkan dengan pelakon lelaki, tak kira di mana-mana negara termasuklah di Korea Selatan.

Dalam sebuah temubual “Because Go Dushim Likes It”, Lee Yu-ri telah mengulas mengenai isu watak yang terhad buat pelakon wanita apabila meningkat usia bersama pelakon veteran itu,

Pelakon lelaki masih lagi membawa watak hebat walaupun sudah tua. Dalam drama, mereka masih boleh melakonkan watak melodrama dan agak sedih kerana peluang yang sama tidak diberikan buat pelakon wanita.

lee yuri

Walau bagaimanapun, jelas Lee Yu-ri, isu ini tidak seburuk dahulu memandangkanpelakon senior banyak membuka jalan untuk yang muda namun ianya masih menjadi dilema buat pelakon wanita.

Kesian kan? Walhal Lee Yu-ri ialah seorang pelakon yang hebat.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...