Ikuti Kami:

Pelakon ‘Extraordinary You’ Sapu Bersih Anugerah Pelakon Baru Terbaik Di 2019 MBC Drama Awards!

Pelakon ‘Extraordinary You’ Sapu Bersih Anugerah Pelakon Baru Terbaik Di 2019 MBC Drama Awards!

Sudah menjadi kebiasaan kepada semua rangkaian televisyen utama di Korea iaitu KBS, MBC dan SBS untuk mengadakan majlis penganugerahan mereka sendiri bagi menghargai pelbagai karya yang ditayangkan di bawah saluran mereka sepanjang tahun itu. Mereka juga akan membahagikannya kepada satu majlis untuk drama, program hiburan dan festival muzik. Maknanya setiap stesen televisyen ini adalah sangat sibuk pada hujung tahun.

2019 mbc drama awards

Kelmarin, stesen penyiaran MBC telah menjalankan “2019 MBC Drama Awards” dan ianya bersiaran secara langsung daripada MBC Media Center. Banyak drama popular telah dicalonkan untuk beberapa kategori yang dipertandingkan dalam anugerah itu. Antaranya ialah “One Spring Night”, “Rookie Historian Goo Hae Ryung”, “Special Labor Inspector, Mr. Jo”, “Extraordinary You” dan banyak lagi!

Tapi yang paling menarik perhatian ialah apabila para pelakon utama untuk drama “Extraordinary You” telah sapu habis semua pencalonan untuk anugerah “Pelakon Baru Terbaik” bagi kedua-dua kategori wanita dan lelaki.

pelakon baru terbaik extraordinary you

pelakon baru terbaik extraordinary you pelakon baru terbaik extraordinary you

Bahkan, kedua-dua pelakon lelaki utama drama itu iaitu Lee Jaewook dan Rowoon telah bersama-sama menerima anugerah tersebut!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Mesti ada yang rindu dengan drama “Extraordinary You” kan?

Sumber: MBC Entertainment

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...