Ikuti Kami:

Pelakon Cilik ‘When The Camellia Blooms’ Akui Sudah Punyai Kekasih Seiras Irene Kumpulan Red Velvet

Pelakon Cilik ‘When The Camellia Blooms’ Akui Sudah Punyai Kekasih Seiras Irene Kumpulan Red Velvet

Pasti semua yang menonton drama “When The Camellia Blooms” sangat mengenali pelakon cilik yang membawa watak sebagai anak kepada Dongbaek? Kanak-kanak comel ini berjaya membawa watak Pilgu dengan baik sekali sehinggakan semua orang mula jatuh cinta apabila melihat dia yang sering melindungi ibunya apabila menerima cercaan orang sekeliling mereka.

Nama sebenar pelakon cilik yang melakonkan watak Pilgu ini ialah Kim Kanghun dan selepas tamat sahaja drama “When The Camellia Blooms”, dia menjadi selebriti dalam kalangan selebriti sendiri. Ramai selebriti terkemuka telah memastikan mereka mempunyai gambar bersamanya setiap kali terserempak dengan kanak-kanak kecil itu.

kim kanghun ada kekasih seiras irene red velvet

Walaupun baru berusia 11 tahun. Kim Kanghun mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai kekasih yang cantik. Dia menceritakan hal tersebut sambil tersenyum besar menerusi episod terbaru rancangan “Happy Together”.

“Saya mempunyai teman wanita dan telah bertemu janji dengannya sejak 220 hari yang lepas. Saya peminat Irene daripada kumpulan Red Velvet dan kekasih saya mempunyai wajah seiras dengan Irene.”

kim kanghun ada kekasih seiras irene red velvet

Kisah cintanya itu membuatkan semua tetamu dan pengacara rancangan itu turut tersenyum lebar mendengar pengakuan Kim Kanghun itu. Pandangan mata mereka macam tengok anak sendiri!

kim kanghun ada kekasih seiras irene red velvet

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...