Ikuti Kami:

Pelakon ‘All Of Us Are Dead’ Akan Muncul Dalam Program ‘Knowing Brothers’, Bakal Tayang Mac Ini

Pelakon ‘All Of Us Are Dead’ Akan Muncul Dalam Program ‘Knowing Brothers’, Bakal Tayang Mac Ini

Beberapa pelakon dari siri popular Netflix “All Of Us Are Dead”, telah disahkan bakal muncul dalam program rancangan hiburan “Knowing Brothers”!

Pada 14 Februari, seorang pegawai JTBC memberitahu Newsen,

Park Ji-hoo, Yoon Chan-young, Lim Jae-hyuk, Ha Seung-ri, dan Lee Eun-sam telah dijadualkan untuk penggambaran ‘Knowing Brothers’ pada 24 Februari ini.

Sementara itu, “All Of Us Are Dead” ialah drama yang mengisahkan tentang pelajar yang diasingkan di sekolah di mana virus zombi bermula dan sedang menunggu untuk diselamatkan. Drama ini memaparkan tentang perjuangan mereka untuk terus hidup. Setelah hampir 3 minggu ditayangkan, drama itu kekal di No.1 ranking Netflix di Malaysia.

all of us are dead in jtbc knowing bros

Sekadar info, Park Ji-hoo memainkan watak Nam On-jo dalam drama ini, Yoon Chan-young sebagai Lee Cheong-san, Lim Jae-hyuk sebagai Yang Dae-su, Ha Seung-ri memegang watak sebagai Jang Ha-ri, dan Lee Eun-sam sebagai Park Mi-jin.

Nantikan tayangan episod “Knowing Brothers”, dengan bintang drama “All Of Us Are Dead” sebagai tetamu, akan ditayangkan pada bulan Mac ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...