Ikuti Kami:

Pelajar Universiti Terkenal Komen ‘Jahat’, Sulli Batalkan Saman Sebab Tak Nak Jejaskan Masa Depannya

Pelajar Universiti Terkenal Komen ‘Jahat’, Sulli Batalkan Saman Sebab Tak Nak Jejaskan Masa Depannya

Sudah seminggu berlalu tetapi ada yang masih terasa kehilangan Sulli. Baru sahaja berumur 25 tahun tetapi gadis itu nekad mengambil nyawanya sendiri. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa dia bunuh diri kerana tidak tahan dengan komen buruk yang ditinggalkan kepadanya saban hari oleh netizen. Namun pihak polis dan keluarganya lebih senang untuk merahsiakan perkara sebenar.

Ketika hayatnya, Sulli merupakan seorang yang sangat baik dan ceria walaupun sering menerima tohmahan netizen. Pernah sekali, gadis itu sudah hampir mengeluarkan saman kepada seorang individu yang meninggalkan komen penuh kebencian kepadanya tetapi membatalkan niatnya itu kerana tak sampai hati.

Sulli telah berkongsi kisah tersebut menerusi salah satu episod rancangan “Night of Hateful Comments” di mana dia merupakan seorang ahli panel tetap.

sulli baik hati kerana tak jadi mengeluarkan saman kerana individu itu seorang pelajar

“Saya pernah cuba untuk menyaman seseorang sebelum ini. Individu itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan yang terkenal dan sebaya dengan saya. Dia sedang menghadiri sebuah universiti yang bagus dan sekiranya saya tak betul-betul menguruskankannya, ia juga akan menjadi masalah kepadanya apabila dia mencari kerja nanti.”

sulli baik hati kerana tak jadi mengeluarkan saman kerana individu itu seorang pelajar

“Saya juga menerima beberapa keping surat daripadanya. Dia meminta maaf dan tidak menyangka perkara ini akan menjadi begitu besar. Individu itu juga menjelaskan bahawa dia sangat tertekan dan saya berasa bahawa dia mungkin ingin melepaskan tekanannya itu kepada saya.”

sulli baik hati kerana tak jadi mengeluarkan saman kerana individu itu seorang pelajar

“Jadi selepas menerima permohonan maaf daripadanya dan melihatkan dia yang sama umur dengan saya, saya berasa kasihan untuk menjadikannya sebagai banduan.”

Ternyata Sulli merupakan seorang yang tidak mementingkan diri dan lebih mengutamakan perasaan orang lain. Bayangkan walaupun dia menerima kata-kata nista oleh individu ini tetapi dia sanggup menolaknya ketepi kerana tak sanggup merosakkan masa depan pelajar cemerlang tersebut.

Sumber: PannChoa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...