Ikuti Kami:

Pelajar Kolej Jadi Pembunuh Bersiri Dikejar Bekas Polis, Episod Awal ‘Inspector Koo’ Raih Rating Biasa

Pelajar Kolej Jadi Pembunuh Bersiri Dikejar Bekas Polis, Episod Awal ‘Inspector Koo’ Raih Rating Biasa

Akhirnya permaisuri Lee Young-ae kembali menghiasi dunia K-Drama menerusi drama misteri “Inspector Koo”.

Sinopsis

“Inspector Koo” ialah drama misteri komedi mengenai Koo Kyung-yi, seorang penyiasat insurans bijak. Tapi semuanya berubah apabila dia mula hidup menyendiri selepas kematian suami. Pun begitu, dia masih lagi menyelesaikan banyak kes sebelum terlibat dengan seorang pelajar kolej yang merupakan pembunuh bersiri.

Misteri, misteri dan misteri

[Amaran SPOILER]

Daripada awal episod, penonton disajikan dengan misteri mengenai kes siasatan insurans yang dijalankan oleh Koo Kyung-yi (Lee Young-ae). Daripada kes itu, ianya membawa wanita itu ke arah seorang pelajar kolej bernama Kei (Kim Hye-jun). Ternyata merupakan dalang di sebalik pelbagai kes pembunuhan, Kyung-yi mula menyelongkar misteri yang menyelubungi pelajar itu.

jtbc inspector koo

Rating biasa

Untuk episod pertama ini, “Inspector Koo” telah meraih rating sebanyak 2.6% sekaligus menunjukkan bahawa ianya merupakan naskhah dinantikan ramai. Malah untuk episod keduanya, drama ini kekal dengan rating 2.6% lantas membuktikan bahawa ia mempunyai potensi untuk meraih nombor yang lebih tinggi nanti.

Korang dah layan belum “Inspector Koo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...