Mesti ramai kan yang tengah layan Jo Bo-ah dalam drama “Dear Hongrang” sekarang?
Baru-baru ini, Jo Bo-ah telah muncul dalam saluran YouTube Shin Dong-yup, susulan keluaran dramanya “Dear Hongrang”.
Dalam siaran itu, Uhm Ji-won memuji Jo Bo-ah kerana penampilan comelnya yang semula jadi dan tenaganya yang sentiasa positif ketika penggambaran.
Kemudian, mereka juga mula bercakap tentang latar belakang keluarga wanita itu dan mendedahkan bahawa ayah Jo Bo-ah adalah seorang doktor gigi.
Luah Jo Bo-ah,
Saya memang membesar dengan penuh kasih sayang. Ada dua orang anak perempuan dalam keluarga dan kami semua memang sangat rapat.
Memandangkan doktor gigi diketahui memperoleh pendapatan yang lumayan di Korea Selatan, media membuat spekulasi bahawa Jo Bo-ah datang dari keluarga yang kaya dan dibesarkan dalam kehidupan yang mewah.
Woahhh!