Ikuti Kami:

Peguam Tegak Keadilan Golongan Ditindas, Kwon Sangwoo Kembali Dengan Drama ‘Fly From Rags To Riches’

Peguam Tegak Keadilan Golongan Ditindas, Kwon Sangwoo Kembali Dengan Drama ‘Fly From Rags To Riches’

Selepas 2 tahun tidak menghiasi dunia K-Drama, Kwon Sang-woo bakal kembali dengan sebuah drama perundangan bertajuk “Fly From Rags To Riches” di saluran SBS.

Kwon Sang-woo akan melakonkan watak Park Tae-yong iaitu seorang peguam yang menggunakan kebijaksanaannya untuk menegakkan keadilan bagi golongan yang ditindas dan tidak mampu. Berbeza dengan peguam lain, dia tidak melalui jalan yang normal dalam kariernya. Selepas tamat sekolah menengah, dia tidak mendaftarkan diri untuk pendidikan tinggi namun berjaya ketika mengambil ujian guaman selepas itu. Sudah biasa dengan kesusahan hidup dek membesar dalam keluarga yang biasa, lelaki ini membesar untuk menjadi peguam pertama yang memenangi kes perbicaraan semula awam.

Untuk watak Park Sam-soo iaitu seorang wartawan pula, ia akan dibawa oleh Bae Sung-woo. Selepas tamat universiti, dia hanya bekerja sebagai satf kontrak sebelum menjadi wartawan dek kemahiran menulisnya yang hebat. Disebabkan oleh sikapnya yang lembut dan baik, dia lebih senang membuat liputan mengenai berita yang tidak menyeronokkan. Kemudiannya, dia berkenalan dengan Park Tae-yong dan bergabung dengannya bagi menegakkan keadilan bagi orang yang memerlukannya.

fly from rags to riches

Dari kiri: Kwon Sang-woo, Bae Sung-woo, Kim Ju-hyeon

Kim Ju-hyeon akan menggalas tugas sebagai Lee Yoo-kyung iaitu seorang wartawan baru yang bekerja untuk Park Sam-soo. Selepas melihat usaha yang dilakukan oleh kedua lelaki itu, dia juga turut menghulurkan tangan bagi mencapai misi membantu orang yang memerlukan.

Bukan sahaja mereka, Jung Woo-in akan membawa watak sebagai Jang Yoon-seok iaitu seorang pendakwa yang  licik dan bercita-cita tinggi. Kim Gab-soo pula melakonkan watak sebagai Kim Hyeong-chun, seorang pegawai perundangan berpangkat tinggi dan juga merupakan bekas pendakwa raya awam Korea.

fly from rags to riches

Dari kiri: Jung Woong-in, Kim Gab-soo, Kim Eung-soo, Jo Sung-ha

Selain itu, Kim Eung-soo pula mengasah bakatnya sebagai watak Kang Cheol-woo iaitu seorang datuk bandar yang berlagak meskipun membesar dalam persekitaran yang susah. Terakhir sekali, Jo Sung-ha akan melakonkan watak Jo Ki-soo iaitu seorang hakim mahkamah tinggi yang disegani dan dihormati ramai dalam bidang ini.

Disebabkan oleh nama-nama hebat ini, sudah ramai yang tak sabar menantikan tayangan “Fly From Rags To Riches”, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...