Ikuti Kami:

“Peguam Mereka Datang..” – Ugut Mangsa Serangan Seksual, KBS Dikritik Dek Cuba Lindungi Jung Joonyoung

“Peguam Mereka Datang..” – Ugut Mangsa Serangan Seksual, KBS Dikritik Dek Cuba Lindungi Jung Joonyoung

BBC telah mengeluarkan video dokumentari berkaitan dengan skandal “Burning Sun”.

Terkini, wartawan yang bertanggungjawab keatas kes “Burning Sun” telah mendedahkan bahawa Jung Joon-young telah dibantu oleh syarikat TV terbesar Korea, KBS.

Menurut wartawan tersebut, mangsa pertama rakaman video lucah secara haram penyanyi itu, telah membuat laporan polis dan ingin mengambil tindakan undang-undang pada tahun 2016 yang lalu.

Namun, mangsa yang dipanggil sebagai Kyung-mi, kemudiannya telah dihubungi oleh wakil peguam daripada KBS.

Peguam itu telah menyuruh mangsa untuk menarik balik dakwaan jika tidak mahu menerima hukuman keras kerana tuduhan palsu. Disebabkan berasa takut, mangsa telah menarik semula tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada Jung Joon-young secara terbuka.

bbc-burning-sun

Malah, Jung Joon-young juga telah kembali membintangi rancangan “2 Days & 1 Night” seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Selepas perkara ini didedahkan dalam dokumentari BBC, netizen di Korea telah mengkritik KBS dan menggesa agar syarikat itu mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa.

Komen netizen,

  • Syarikat sampah!
  • KBS kena keluarkan kenyataan cepat.
  • Kesiannya mangsa.
  • KBS kena minta maaf kepada mangsa tersebut.
  • Bayangkan apa perasaan mangsa selepas melihat video ini.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...