Ikuti Kami:

Peguam Mafia Itali Hukum Penjahat Dengan Cara ‘Unik’, 5 Sebab MESTI Layan ‘Vincenzo’ Di Netflix

Peguam Mafia Itali Hukum Penjahat Dengan Cara ‘Unik’, 5 Sebab MESTI Layan ‘Vincenzo’ Di Netflix

Ramai rasanya yang dah berdebar menantikan tayangan perdana drama “Vincenzo” kan?

Sinopsis

Membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat. Drama ini diyakini akan membuat penonton merasai kepuasan apabila melihat hero gelap yang berlawan dengan penjahat sebenar menggunakan ketegasan undang-undang.

Bagi membuatkan penonton lagi teruja, pihak KimchiDaily berpeluang menyertai satu temubual eksklusif bersama tiga orang pelakon utamanya iaitu Song Joong-ki, Jeon Yeo-bin dan Ok Taec-yeon.

Hukuman memuaskan buat penjahat

Kongsi Song Joong-ki, kejahatan bukan sahaja berlaku di Korea malah di banyak negara di seluruh dunia. Menerusi “Vincenzo”, penonton akan disajikan dengan babak memuaskan hati apabila melihat para penjahat ini dihukum dengan satu ‘cara’ yang baru dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

netflix vincenzo

Kredit foto: Netflix

Cabaran watak baru buat teraju utama

Song Joong-ki tanpa berselindung mengatakan bahawa awalnya dia berasa pelik apabila mendengar mengenai wataknya iaitu seorang peguam Korea untuk mafia Itali. Ini kerana, terma ‘mafia’ merupakan sesuatu yang sangat asing di Korea namun apabila membaca skripnya, dia menyukai kesegaran watak itu kerana ia disesuaikan mengikut latar belakang masyarakat di Korea.

Saya berasa puas hati apabila kejahatan mereka dihukum sebegitu.

Lagi satu, jangan lupa saksikan Song Joong-ki buat julung kalinya bercakap dalam bahasa Itali. Pasti ramai yang jatuh cinta!

netflix vincenzo

Kredit foto: Netflix

Pertemuan semula Jeon Yeo-bin dan Ok Taec-yeon

Pernah bekerjasama dalam “Save Me” namun tiada interaksi yang banyak, namun “Vincenzo” menjadi saksi kepada perubahan watak mereka berbanding drama sebelum ini.

Kata Jeon Yeo-bin, mereka banyak babak bersama dalam “Vincenzo” dan keserasian antara mereka adalah sangat hebat sejak daripada awal penggambaran lagi. Bahkan watak Jun-woo juga dikatakan sebagai ‘James Bond’ kepada Hong Cha-young dan sentiasa ada apabila peguam wanita itu memerlukannya.

netflix vincenzo

Kredit foto: Netflix

Jeon Yeo-bin bakal jadi ‘girl crush’

Jeon Yeo-bin menjelaskan bahawa wataknya mungkin akan menjadi ‘crush’ pada semua orang. Meskipun cuba mencapai kejayaan tanpa mengambil kira caranya dan mungkin tidak akan disukai orang lain kerana keinginannya, namun Hong Cha-young ialah seorang yang sangat jujur lantas wanita itu sangat tertarik dengan karakter tersebut.

Ya, saya rasa saya berjaya mencipta satu watak wanita yang belum pernah dilihat sebelum ini.

netflix vincenzo

Kredit foto: Netflix

Berbeza daripada drama lain

Seloroh Ok Taec-yeon, semua mesti menonton “Vincenzo” kerana dia merupakan salah seorang teraju utamanya. Malah Jeon Yeo-bin juga turut menyebut namanya sebagai alasan utama untuk menonton naskhah tersebut nanti.

Tambah Ok Taec-yeon, bestnya drama ini kerana setiap episodnya diakhiri dengan ending yang tergantung dan pastinya akan membuatkan penonton tak sabar menantikan sambungannya.

Yang bestnya, Song Joong-ki cakap bahawa drama ini sebenarnya adalah sebuah naskhah komedi. Jelas pelakon itu, dah lama rasanya produksi Korea keluarkan drama seperti ini.

Curious kan dengar penjelasan Song Joong-ki? Sebab itu anda kena tonton “Vincenzo” di Netflix bermula 20 Februari ini. Confirm tak rugi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...