Ikuti Kami:

Peguam Dituduh Bunuh Suami Jadi Misteri, Episod Awal ‘High Class’ Raih Rating Baik

Peguam Dituduh Bunuh Suami Jadi Misteri, Episod Awal ‘High Class’ Raih Rating Baik

K-Drama memang best sangat bila bertemakan misteri pembunuhan kan? Sama seperti drama “High Class” yang baru ditayangkan di tvN baru-baru ini.

Sinopsis

Drama misteri ini berlatar belakangkan sekolah antarabangsa mewah yang bertempat di sebuah kepulauan bak syurga. Song Yeo-wool (Jo Yeo-jeong) ialah seorang peguam yang hilang segalanya selepas dituduh membunuh suaminya. Dia kemudiannya mula mencari tahu kebenaran di sebalik kematian suaminya apabila terbongkar rahsia bahawa salah seorang ibu di sekolah berkenaan merupakan didedahkan sebagai perempuan simpanan lelaki itu.tvn high class

Bermula misteri

[Amaran SPOILER]

Kehidupan bahagia seorang peguam berubah 100% dalam satu malam apabila suaminya dibunuh dan dia menjadi suspek utama insiden berkenaan. Meskipun menerima pandangan tajam daripada orang sekeliling, Song Yeo-wool hanya mementingkan keselematan dan keadaan anak lelakinya, Lee Chan.

Terus dilihat sinis, Song Yeo-wool tampil berani bagi menepis stigma ‘pembunuh’ yang mengelilinginya selain mula membongkar kebenaran di sebalik kematian suami tercinta. Dalam episod awal ini, wanita berkenaan didedahkan dengan mesej misteri di dalam telefon bimbit lelaki itu selain mendapat klu yang membawa kepada dalang kepada insiden berkenaan.tvn high class

Rating baik

“High Class” yang dilengkapi dengan pelbagai misteri dan persoalan nyata membuatkan ramai tidak terlepas menonton episod awalnya. Untuk episod pertama, drama ini memperoleh rating sebanyak 3.2% dan menunjukkan sedikit peningkatan, 3.4% semasa episod keduanya.

Menunjukkan prestasi yang memuaskan, “High Class” mempunyai harapan untuk mendapat rating yang tinggi apabila ia semakin berkembang nanti.

Siapa yang sukakan genre misteri pembunuhan, pastinya akan suka menonton “High Class”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...