Yoo Yeon-seok tak dinafikan merupakan salah seorang pelakon yang berbakat.
Terbaru pada 30 September, Yoo Yeon-seok dilapor akan terajui drama baru berjudul “God and Law Firm”. Namun, masih tiada respon yang dikeluarkan dari agensinya setakat ini.
“God and Law Firm” akan mengisahkan tentang seorang peguam yang boleh melihat hantu dan Yoo Yeon-seok dijangka akan menarik perhatian dengan cabaran untuk membawa watak yang berlainan.
Sementara itu, drama ini juga dilapor akan memulakan penggambaran pada awal tahun depan selepas selesai segala proses untuk pra-produksi.
Sama-sama kita nantikan!