Kang Daniel akan menyanyikan runut bunyi buat drama lakonannya “Rookie Cops”!
Kang Daniel yang kini membintangi sebagai pelakon utama lelaki Wi Seung-hyun dalam siri Disney+ “Rookie Cops”, telah menerima reaksi positif setakat ini untuk peranan lakonan utama pertamanya sejak debut.
Kini, penyanyi dan pelakon itu akan meminjamkan suaranya buat OST drama itu, bertajuk “Hush Hush”. Ianya telah ditetapkan untuk keluaran pada 9 Mac ini jam 5 petang.
Sementara itu, “Rookie Cops” boleh ditonton melalui Disney+, dengan episod baharu pada setiap hari Rabu. Kang Daniel membawa watak Wi Seung-hyun di mana dia memasuki universiti kepolisan dengan markah kemasukan tertinggi, dan menanam niat untuk menjadi pegawai polis seperti ayahnya Son Chang-min iaitu ketua Agensi Polis Kebangsaan.
Nantikan keluaran OST “Hush Hush” nyanyian Kang Daniel, pada 9 Mac ini jam 5 petang!