Ikuti Kami:

Pegang Watak Heroin, 5 Pelakon Wanita Ini Berlakon Dari Kecil Sebelum Jadi Popular

Pegang Watak Heroin, 5 Pelakon Wanita Ini Berlakon Dari Kecil Sebelum Jadi Popular

Tidak senang bagi pelakon Korea untuk kekalkan nama baik dan populariti mereka.

Namun ada beberapa pelakon wanita berjaya daripada hanya memegang watak kanak-kanak dan sekarang sudah berjaya menjadi heroin K-Drama.

Park Shinhye

pelakon kanak-kanak dahulu

Siapa je yang tidak kenal pelakon utama drama “The Heirs”. Hasil gabungan mantap antara Lee Min-ho dan Park Shin-hye berjaya membuat ramai orang menyukai drama itu. Tahukah korang Park Shin-hye memulakan kerjaya dalam industri lakonan dengan menjadi pelakon watak kanak-kanak dalam drama “Stairway To Heaven”. Kini dia telah menjadi antara pelakon popular yang dicari-cari oleh pengarah K-Drama.

Kim Sohyun 

pelakon kanak-kanak dahulu

Kim So-hyun mula menjadi pelakon semasa dia masih kanak-kanak dan sekarang dia sudah mempunyai pengalaman lebih dari 18 tahun. Pada tahun 2006, pelakon berbakat ini menjadi pelakon kanak-kanak untuk “Drama City” dan “A Happy Woman”. Oleh kerana bakatnya yang kian menyerlah, Kim So-hyun diberi peluang untuk membintangi K-Drama “Ma Boy” pada tahun 2012.

Moon Geunyoung 

pelakon kanak-kanak dahulu

Tahukah korang bahawa Moon Geun-young mula berlakon pada tahun 1999 menerusi drama “Burnt Rice Teacher”. Pada tahun berikutnya, pelakon itu memainkan watak Eun-suh muda untuk K-Drama “Autumn in My Heart” di mana Song Hye-kyo yang berusia 18 tahun, mengambil alih peranan itu kemudiannya.

Kim Yoojung 

pelakon kanak-kanak dahulu

Kim Yoo-jung mula berlakon pada tahun 2004 dengan watak sampingan dalam filem “DMZ” dan siri TV “Freezing Point”. Tetapi pada tahun 2008, apabila dia memenangi anugerah Pelakon Muda Terbaik untuk K-Drama “Iljimae”, lebih banyak tawaran dibuka untuk Kim Yoo-jung. Wataknya yang paling terkenal setakat ini ialah sebagai Hang Ra-on dalam drama sejarah KBS “Love in the Moonlight”.

Shin Se-kyung

pelakon kanak-kanak dahulu

Shin Se-kyung pernah muncul dalam filem “My Little Bride”, yang dibintangi oleh Moon Geun-young dan Kim Rae-won. Pelakon ini memainkan watak kawan baik kepada Bo-eun, dalam filem itu. Pada tahun ini, dia membintangi K-Drama “Arthdal Chronicles 2” bersama dengan Lee Joon-gi.

Hebat la diorang ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...