Ikuti Kami:

“Pegang Bahu Awak..” – Susulan Kes ‘Burning Sun’, Jennie BP Pun Hampir Dedah Perangai Sebenar Seungri!

“Pegang Bahu Awak..” – Susulan Kes ‘Burning Sun’, Jennie BP Pun Hampir Dedah Perangai Sebenar Seungri!

Pasti ramai yang tahu bahawa industri hiburan Korea sekarang tengah hangat bercakap tentang skandal ‘Burning Sun’ yang melibatkan bekas ahli BIGBANG iaitu Seung-ri dan ramai lagi.

Menerusi laman X, peminat telah ‘membongkar’ kembali video di mana ahli BLACKPINK juga nampaknya tidak selesa untuk berdekatan dengan Seung-ri.

Malahan ketika lelaki itu tampil sebagai tetamu di konsert mereka di Korea, Jennie sepertinya telah mendedahkan perangai sebenarnya namun Seung-ri dengan cepat terus mengubah topik. Luah Jennie,

Oppa, saya dengar awak cakap bahawa saya menyentuh bahu awak di belakang, tetapi saya tidak pernah melakukannya.

Tambahan, menerusi program Netflix “YG Future Strategy Office”, ahli BLACKPINK juga mengakui bahawa mereka berasa tidak selesa dengan Seung-ri.

Seung-ri buat saya rasa tak selesa.

Dia buat saya rasa sangat tidak selesa sejak kebelakangan ini.

Meskipun sebelum ini kenyataan tersebut hanya dianggap sebagai gurauan atau jenaka tetapi netizen yakin bahawa BLACKPINK sememangnya meluahkan perasaan sebenar mereka selepas makin banyak pendedahan yang dibuat tentang kontroversi yang menyelubungi Seung-ri.

Seramnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...