Ikuti Kami:

Pecah Rekod Peribadi Musim Kedua, Rating ‘Hospital Playlist 2’ Naik Mendadak

Pecah Rekod Peribadi Musim Kedua, Rating ‘Hospital Playlist 2’ Naik Mendadak

“Hospital Playlist” memang tak mengecewakan!

Sudah 5 episod ditayangkan, drama itu terus mencipta rekod peribadi baru pada saban tayangan.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ke-5 ini, para kakitangan Yulje Hospital dan orang sekelilingnya mengalami perubahan yang banyak selepas setahun berlalu.

Meskipun nampak bahagia pada awalnya, hubungan Kim Jun-wan (Jung Kyung-ho) dan Lee Ik-sun (Kwak Sun-young) putus di tengah jalan apabila wanita itu mengatakan bahawa dia sudah berubah hati. Pun begitu, adik Lee Ik-jun (Jo Jung-suk) itu sudah pun kembali ke Korea bagi mendapatkan rawatan hati sambil dijaga oleh abangnya. Namun dia terus merahsiakan hal sebenar daripada Kim Jun-wan.

tvn hospital playlist 2

Ahn Jeong-won (Yoo Yeon-seok) dan Jang Gyeo-ul (Shin Hyun-bin) juga terus menjalinkan hubungan yang berbunga dan kekal menyembunyikannya daripada pengetahuan staf hospital. Lee Ik-jun dan Chae Song-hwa (Jeon Mi-do) pula mengekalkan hubungan persahabatan mereka selepas wanita itu menolak pengakuan cinta rakan baiknya itu.

Chu Min-ha (Ahn Eun-jin) pula tidak putus asa bagi meraih cinta profesornya meskipun Yang Seok-hyung (Kim Dae-myung) tidak membalasnya. Tetapi lelaki itu dilihat seperti telah membuka sedikit hatinya bagi berbaik dengan doktor pelatih tersebut.

tvn hospital playlist 2

Walaupun pada awalnya rating “Hospital Playlist 2” menaik sedikit demi sedikit dalam lingkungan 10% tetapi ianya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila rating episod terbaru ini mencecah catatan sebanyak 12.399%. Sekaligus menjadikan ia sebagai rekod terbaik untuk musim ini.

Korang syok tak tonton musim kedua “Hospital Playlist”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...