Ikuti Kami:

PD Jung Chulmin Kahwin, Yoo Jaesuk Jadi Pengacara & Lee Kwangsoo ‘Hadiahkan’ Tarian Istimewa!

PD Jung Chulmin Kahwin, Yoo Jaesuk Jadi Pengacara & Lee Kwangsoo ‘Hadiahkan’ Tarian Istimewa!

Setelah 10 tahun bekerjasama dengan “Running Man”, sudah pasti PD Jung Chul-min tidak dapat berpisah dengan mudah dengan ahli rancangan itu. Malahan kebanyakan daripada mereka telah menghadiri majlis perkahwinan lelaki itu yang berlangsung pada 30 Mei lepas untuk menceriakannya lagi.

jung chulmin running man kahwin

Dengan kepakaran mengacaranya, Yoo Jae-suk dilihat telah mengendalikan majlis indah itu sebagai pengerusinya. Manakala Haha telah menyanyikan lagu ‘Rosa’ dan ‘You’re My Destiny’ sebagai ucapan tahniah. Lagi best apabila Lee Kwang-soo mempersembahkan tarian istimewa buat pasangan pengantin baru itu. Memang terhibur habis tetamu yang hadir!

Antara artis lain yang kelihatan pada majlis tersebut ialah Jun So-min dan Ji Suk-jin sebagai wakil kepada ahli “Running Man” lain yang tidak dapat hadir. Jennie daripada kumpulan BLACKPINK yang pernah bekerjasama dengan Jung Chul-min dalam program “Village Survival Michuri” turut menghadiri perkahwinan pengarah itu.

Nampak meriah sungguh. Tahniah sekali lagi kepada ‘Iron-Min’!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...