Ikuti Kami:

Patut Sambut Hari Jadi Dengan Lagu Baru, Ayah Taeyeon Girls’ Generation Meninggal Pada Hari Yang Sama

Patut Sambut Hari Jadi Dengan Lagu Baru, Ayah Taeyeon Girls’ Generation Meninggal Pada Hari Yang Sama

Siapa yang tak sedih apabila ayah kesayangan pergi dengan tiba-tiba tanpa petanda. Sama juga dengan apa yang berlaku kepada ahli Girls’ Generation iaitu Taeyeon apabila dia dikhabarkan kehilangan ayahnya kelmarin (9 Mac).

Menurut sumber, ayah penyanyi itu meninggal disebabkan oleh serangan jantung. Syarikat naungannya iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengumumkan hal ini kepada peminat dan menyatakan bahawa dia dan keluarganya sedang menguruskan hal pengebumian.

Ini adalah SM Entertainment.

Dukacita dimaklumkan bahawa ayah Taeyeon telah meninggal dunia pada 9 Mac.

Semoga rohnya tenang dan diminta kirimkan salam takziah kepada Taeyeon.

ayah taeyeon meninggal

Berita ini merupakan sesuatu berat untuk diterima kerana ayahnya meninggal pada hari jadi Taeyeon iaitu tanggal 9 Mac. Rata-rata peminat melahirkan rasa sedih dengan perkara itu dan berharap agar idola mereka terus kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan ini. Kebanyakan peminat mengetahui bahawa lelaki ini sangat berbangga dengan pencapaian anak perempuannya itu semasa hayatnya. Sampaikan dia menghiasi kedai cermin mata miliknya dengan pelbagai barangan Taeyeon.

kedai ayah taeyeon

Ahli Girls’ Generation itu sepatutnya meriliskan satu lagu baru bertajuk “Happy” sempena hari lahirnya namun ianya kini ditangguhkan ke tarikh yang belum dipastikan. Selain itu, siaran langsung untuk single terbarunya di laman VLive juga telah dibatalkan.

Salam takziah kepada Taeyeon dan keluarganya.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...