Ikuti Kami:

“Patut Abang Cari Boxer Tak Jumpa…” – Tinggal Komen ‘Kelakar’ Di Foto Jennie BP, Zizan Razak Dikecam

“Patut Abang Cari Boxer Tak Jumpa…” – Tinggal Komen ‘Kelakar’ Di Foto Jennie BP, Zizan Razak Dikecam

Tak salah nak tinggalkan komen di ruangan laman media sosial seseorang selebriti, tapi kenalah pastikan bahawa ia berunsur positif dan baik. Pastinya peminat yang lain tak seronok kalau ada yang tinggalkan komen tidak sensitif atas sebab mahu membuat lawak.

Baru-baru ini, Jennie daripada kumpulan popular Korea BLACKPINK yang sememangnya rajin mengemas kini akaun media sosialnya telah memuat naik gambar untuk tatapan peminatnya.

Mungkin hanya mahu berseloroh namun tindakan pelawak tempatan iaitu Zizan Razak meninggalkan komen tidak sensitif telah membangkitkan kemarahan netizen dan juga peminat BLACKPINK di Malaysia.zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie

Nahhhhhh sayang ni. Patot la abang cari boxer abg x jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kene selam baru dapat…

Komen Zizan itu juga turut tersebar ke laman Twitter di mana ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tulisannya itu. Menurut mereka, apa yang dituturkan oleh pelawak langsung tidak kelakar. Malah walaupun Jennie tidak memahami bahasa Melayu tetapi komen sedemikian tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang normal.

zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie

Bahkana ada netizen yang membandingkan perbezaan komen yang ditinggalkan oleh Zizan dengan artis daripada negara lain di ruangan entri yang sama.zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie

Malahan ramai yang turut membalas komen pelawak itu dan meminta dia memadam tulisannya itu kerana lawak yang disampaikan itu mungkin menimbulkan masalah sekiranya diketahui oleh peminat luar negara mahupun Jennie sendiri.

zizan razak dikecam tinggal komen di instagram jennie

Malah sebelum ini, Zizan turut menerima kritikan ramai apabila meninggalkan komen bahasa Melayu di Instagram Live penyanyi barat terkenal, Justin Bieber.

Mungkin nampak remeh tapi komen yang ditulis lelaki itu buat Jennie mungkin akan menyebabkan rasa kurang senang bukan sahaja peminat BLACKPINK malah tuan empunya badan sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...