Menjadi pasangan keksih yang disayangi ramai, sudah pastinya peminat sentiasa berharap agar Shin Min-ah dan Kim Woo-bin akan muncul bersama dalam drama yang sama.
Mengujakan apabila pasangan itu dikhabarkna mungkin akan berlakon bersama di dalam naskhah baru garapan Noh Hee-kyung bertajuk “Our Blues”. Ia membawa kisah kehidupan pelbagai individu.
Ingat tak drama “Here” yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Lee Byung-hun, Han Ji-min, Nam Joo-hyuk, Bae Sung-woo dan Shin Min-ah? Disebabkan agak sukar untuk menjalani penggambaran luar negara buat masa ini, Noh Hee-kyung telah menyiapkan cerita “Our Blues” dan mencadangkannya kepada para pelakon tersebut.
Oleh kerana Shin Min-ah patutnya muncul dalam “Here”, dia telah diberikan tawaran untuk menerajui “Our Blues”. Dalam masa yang sama, Kim Woo-bin pula ditawarkan untuk membawa salah satu watak dalam drama tersebut.
Menurut agensi kedua pelakon ini, mereka kini sedang dalam perbincangan selepas menerima tawaran tersebut.
Pun begitu, pasangan kekasih ini ditawarkan untuk muncul bukan sebagai pasangan masing-masing di dalam drama ini. Tetapi Shin Min-ah mungkin akan berpasangan dengan Lee Byung-hyun manakala Kim Woo-bin pula bersama Han Ji-min.
Khabarnya, “Our Blues” akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.