Ikuti Kami:

Pasangan Kekasih Jarang Berinteraksi, Peminat Teruja Lihat Lee Kwangsoo ‘Like’ Foto Lee Sunbin

Pasangan Kekasih Jarang Berinteraksi, Peminat Teruja Lihat Lee Kwangsoo ‘Like’ Foto Lee Sunbin

Selebriti Korea memang biasanya lebih senang menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada perhatian ramai. Jaranglah nak tengok pelakon yang bercinta berinteraksi di hadapan orang ramai.

Sama juga dnegan Lee Kwang-soo dan Lee Sun-bin, sudah pun hampir 4 tahun menjalinkan hubungan cinta namun mereka langsung tidak berinteraksi bersama melainkan apabila ditanya mengenai hal pasangan di dalam acara temubual dan temuramah berita.

Terbaru, peminat meluahkan rasa teruja apabila melihat Lee Sun-bin memuat naik gambar cantiknya di laman Instagram.

Tapi semakin seronok apabila Lee Kwang-soo dilihat tidak segan untuk menekan tanda suka pada entri tersebut. Nampaknya lelaki ini juga tak dapat nak nafikan kecantikan teman wanitanya!

lee kwangsoo dan lee sunbin

Malah Lee Kwang-soo sudah beberapa kali dilihat meninggalkan ‘like’ pada entri teman wanitanya. Sweet kan?

Comel betul pasangan ini kan? Kan best kalau mereka boleh berlakon sekali ataupun muncul dalam rancangan hiburan bersama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...