Ikuti Kami:

Pasangan Berusia 70 Tahun Disaman Selepas Ceroboh Masuk Kediaman Rain & Kim Taehee

Pasangan Berusia 70 Tahun Disaman Selepas Ceroboh Masuk Kediaman Rain & Kim Taehee

Dilaporkan bahawa terdapat pasangan tua berusia 70 tahun telah disaman selepas menceroboh masuk rumah Rain dan Kim Tae-hee bagi meminta wang yang pernah dipinjam oleh ayah penyanyi itu pada 20 tahun lepas.

Menurut sumber daripada kalangan perundangan, hakim senior di Mahkamah Rendah Barat Seoul telah menjatuhkan hukuman kepada lelaki (79 tahun) dan wanita (73 tahun) supaya membayar saman sebanyak 700,000 won (RM2,593).

Pasangan tua itu menyatakan bahawa ayah Rain yang dikenali sebagai Mr. Jung pernah membeli beras secara kredit di kedai mereka di daerah Yongsan pada 20 tahun lepas namun tidak membayar balik hutang tersebut sehingga kini.

Mereka kemudiannya melawat rumah kediaman Rain yang didiami oleh keluarganya dan juga ibu dan ayahnya, namun ayah penyanyi itu menolak untuk berjumpa dengan pasangan tua itu. Disebabkan itu, mereka mula menjerit dan menghentam pagar hadapan sebanyak beberapa kali sehingga ianya pecah dan meluru masuk sampai ke laman kediaman selebriti itu tanpa kebenaran.

rain

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah memuat naik satu entri di sebuah laman komuniti pada tahun 2018 menuduh ayah Rain berhutang dengan mereka. Mereka mengatakan bahawa ayah penyanyi itu pernah memiliki kedai kek berasa dan meminjam beras bernilai 25 milion won namun tidak membayar langsung selepas itu.

Pada September lepas, lelaki tua itu menfailkan saman terhadap Mr. Jung sebanyak 50 milion won (RM185,303) namun kes itu ditolak pada Januari lalu. Rain kemudiannya menfailkan injuksi terhadap lelaki itu pada Februari tahun ini dan menurut mahkamah,

Mangsa melalui masalah emosi yang teruk namun memilih untuk tidak menghukum pelakunya.

Dahsyat betul sampai pecah masuk rumah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...