Pasangan Bahagia! Rain & Kim Taehee Dilihat Keluar Dating Di Restoran Mewah
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Seronok melihat hubungan Rain dan Kim Tae-hee yang utuh.
Terbaru, pasangan itu ‘ditangkap’ sedang menikmati temu janji di sebuah restoran mewah bersama-sama tanpa anak-anak mereka.
Dalam gambar yang ditangkap peminat, Kim Tae-hee dilihat tampil elegan dengan jaket putih dan seluar berkaki lebar berwarna hitam serta tas tangan berjenama. Manakala Rain pula tampil selesa dengan jaket hoodie dan sneaker Adidas.

Sudah 10 tahun bersama dan mencecah 5 tahun usia perkahwinan, mereka berdua sudah memiliki dua anak perempuan kini dan terus memaparkan hubungan yang baik.
Semoga berbahagia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




