Ikuti Kami:

Pasangan Bahagia, Rain & Kim Taehee Akhiri Tahun 2023 Dengan ‘Dating’ Di Konsert J.Y. Park

Pasangan Bahagia, Rain & Kim Taehee Akhiri Tahun 2023 Dengan ‘Dating’ Di Konsert J.Y. Park

Rain dan Kim Tae-hee telah didapati menghadiri konsert akhir tahun J.Y. Park.

Baru-baru ini, beberapa video yang telah diambil semasa konsert J.Y. Park pada 31 Disember lalu telah tular di media sosial.

Kesemua video ini menunjukkan situasi di mana pengasas JYP Entertainment itu mengelilingi penonton yang hadir di tengah-tengah konsert.

Namun, beberapa peminat mula menyedari akan kehadiran pasangan suami isteri terkenal, iaitu Rain dan Kim Tae-hee di dalam video tersebut.

Di mana, J.Y. Park yang pada ketika itu sedang menyanyi lagu “I Do” iaitu lagu asal Rain, telah menyerahkan mikrofon kepada penyanyi lelaki tersebut selepas dia menyedari akan kehadirannya.

rain kim taehee concert

Peminat juga mendapati bahawa bersebelahan dengan Rain, terdapat isterinya iaitu Kim Tae-hee yang sedang memakai topeng muka dan topi.

Malah, pelakon wanita tersebut juga kelihatan sedang ketawa sambil menutupi wajahnya dengan menggunakan tangan.

Pasangan itu kelihatan bahagia sepanjang konsert itu dijalankan dan rata-rata peminat telah meluahkan perasaan gembira mereka setelah melihat cara pasangan suami isteri tersebut untuk mengakhiri tahun 2023.

Comel je pasangan ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...