Nampaknya, Park Shin-hye akan semakin sibuk dengan pelbagai drama!
Pada 29 Disember, SBS telah mengumumkan bahawa Park Shin-hye dan Kim Jae-young akan terajui drama baru berjudul “The Judge From Hell”, yang akan disiarkan pada tahun 2024 nanti.
Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah tentang seorang hakim kejam dan ganas yang menggunakan kuasa buat dirinya sahaja dan bertemu dengan detektif ceria yang meletakkan mangsa sebagai keutamaan.
Dalam drama ini, Park Shin-hye akan membawa watak Kang Bit-na, seorang hakim bermasalah yang tak percayakan sifat pura-pura penjahat tapi tiada simpati buat kesakitan mangsa.
판사에 몸에 들어간 ‘악마’ 강빛나가
누구보다 인간적인 형사 한다온을 만나
죄인을 처단하며 진정한 판사로 거듭나는
선악공존 로맨스 판타지💜SBS 새 드라마 <지옥에서 온 판사>
☞2024년 방영 예정Copyright Ⓒ SBS. All rights reserved.
무단 전재, 재배포 및 AI학습 이용 금지#SBS새드라마… pic.twitter.com/X2MLFSqPgs— SBSNOW (@SBSNOW) December 29, 2023
Manakala Kim Jae-young bakal melakonkan watak Han Da-on iaitu seorang yang akan melakukan apa sahaja demi mangsa.
Nantikan maklumat lanjut mengenai drama “The Judge From Hell”!