Ikuti Kami:

Park Seojoon Dilamar Terajui Drama Thriller Kelangsungan Hidup ‘Gyeongseong Creature’

Park Seojoon Dilamar Terajui Drama Thriller Kelangsungan Hidup ‘Gyeongseong Creature’

Sudah setahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama, nampaknya Park Seo-joon bakal kembali dengan drama baru nanti.

“Gyeongseong Creature” ialah sebuah thriller mengenai kelangsungan hidup dan maruah manusia. Ia mengisahkan anak muda yang tinggal dalam waktu di mana kedaulatan dan hak dirampas dan mereka perlu melampau garisan supaya dapat merasai walau sedikit pun kebahagiaan.

park seojoon

Park Seo-joon dikatakan bakal membawa watak Jang Tae-sang, seorang lelaki kaya di Bukchon. Langsung tidak kisahkan mengenai keadilan, dia lebih pentingkan mengenai kekejaman realiti kehidupannya. Walaubagaimanapun, dia menghadapi ancaman apabila bertemu dengan seorang wanita yang megubah hidupnya. Drama ini akan membawa penonton melihat proses dan menimbulkan persoalan bagaimana cara untuk hidup seperti manusia.

Selepas berita itu berterbangan, agensi Park Seo-joon memberikan respon dan mengatakan bahawa mereka hanya menerima sinopsis drama ‘Gyeongseong Creature’ ataupun ‘Projek K’ dan bukan skripnya lagi. Mereka kini sedang mengemas kini jadualnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Macam best je sinopsis drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...