Park Seojoon Tunjukkan Semangat Anak Muda Menerusi Drama Terbaru ‘Itaewon Class’!

park seojoon itaewon class

Setelah hampir setahun lebih tidak muncul dalam mana-mana drama, pelakon terkenal iaitu Park Seojoon kini bakal muncul sebagai teraju utama dalam “Itaewon Class” di bawah saluran jTBC. Yes!

Drama ini berdasarkan komik atas talian dengan nama yang sama dan mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang degil, bersemangat dan penuh dengan keberanian darah muda. Menelusuri lorong sempit di Itaewon, mereka memulakan tentangan ke atas stigma masyarakat yang tak masuk akal. Dalam masa yang sama, mereka turut mengejar impian dan kebebasan untuk hidup mengikut perspektif tersendiri yang unik.

park seojoon itaewon class

Ramai yang tak sabar melihat pelakon lelaki pujaan ramai iaitu Park Seojoon kembali ke layar drama. Lelaki ini bakal memainkan karakter Park Saeroy, seorang usahawan yang ghairah dan tidak kompromi langsung dengan kemahuannya. Dia juga penuh dengan amarah sehingga berani mencabar konglomerat korporat makanan iaitu Janga di jalan Itaewon.

Apabila ditanya apakah yang membuatkan dia tertarik untuk menerima watak Park Saeroy ini, Park Seojoon menjelaskan bahawa persona karakter itu telah menarik perhatiannya. “Park Saeroy adalah sebab utama kenapa saya memilih untuk menyertai drama ini. Dia mempunyai persona yang lain daripada yang lain, berbeza daripada watak yang saya pernah bawa sebelum ini. Jadi menerusi watak ini, saya bakal menonjolkan sisi saya yang lain.”

park seojoon itaewon class

Tambahnya lagi, “Saya rasa ramai yang akan dapat merasai perasaan lega apabila menonton drama ini. Apabila melihat seseorang menjalani kehidupannya tanpa tunduk kepada kemahuan orang lain. Saya akan berusaha keras supaya emosi menyayat hati dan lawak menghiburkan dapat disampaikan dengan baik.”

Tak sabar nak saksikan Park Seojoon mencabar dirinya dengan watak yang serba baru. Selalu tengok lelaki ini berlakon romantik kan? Sama-sama kita nantikan sisi baru daripada lelaki ini menerusi drama “Itaewon Class” yang bakal menemui penonton pada 31 Januari ini!

Sumber: Soompi

Leave a Reply