Ikuti Kami:

Park Seojoon Terhutang Budi Dengan Kim Soohyun, Banyak Dibantu Ketika Ingin Jadi Pelakon

Park Seojoon Terhutang Budi Dengan Kim Soohyun, Banyak Dibantu Ketika Ingin Jadi Pelakon

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jung Jae-hyung, di mana pelakon itu ada berkongsi tentang pelbagai cerita.

Dalam video itu, Park Seo-joon turut berkongsi sebab dia memilih untuk berkhidmat di tentera pada usia yang masih muda. Katanya,

Pada awal debut, saya tak tau nak buat apa. Saya tak pasti sama ada saya boleh terus berlakon. Jadi saya fikir ‘Jom sertai khidmat tentera dulu’.

Kemudian selepas keluar dari tentera, lelaki itu berkongsi bagaimana Kim Soo-hyun membantunya untuk mendapatkan kontrak dengan sebuah agensi sebagai pelakon,

Ada kawan saya kenal Kim Soo-hyun dan meminta bantuannya. Soo-hyun dengan senang hati menghubungkan saya dengan agensi itu dan pada hari saya pergi ke sana, mereka terus membincangkan kontrak dengan segera.

Meskipun berjaya memasuki agensi KeyEast selepas itu, Park Seo-joon akui bahawa perjalanannya sebagai pelakon masih penuh dengan cabaran kerana bukan mudah untuk ‘orang baru’ memasuki industri lakonan.

Bukan senang kan nak senang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...