Utama Rancangan Hiburan Park Seojoon, Jung Yumi & Choi Wooshik Sah Sertai ‘Youn’s Kitchen’ Musim...

Park Seojoon, Jung Yumi & Choi Wooshik Sah Sertai ‘Youn’s Kitchen’ Musim Ke-3

youn's kitchen musim ketiga

Ada tak dengar khabar angin mengenai “Youn’s Kitchen” yang dikatakan bakal kembali dengan musim ke-3 tak lama lagi?

Selepas berbulan khabar angin berterbangan, akhirnya program popular tersebut telah pun mengesahkan barisan panel untuk musim ketiganya baru-baru ini.

Sebagai ahli tetap, Youn Yuh-jung, Lee Seo-jin, Jung Yu-mi dan Park Seo-joon kembali mengelola rancangan ini manakala Choi Woo-shik kini ditambah sebagai ahli baru. Seronoknya!

youn's kitchen musim ketiga

Misteri tahu kerana lokasi penggambaran dirahsiakan daripada umum buat sementara waktu ini bagi mengelakkan pandemik COVID-19 merebak dengan teruk. Malah “Youn’s Kitchen” 3 katanya akan menemui penonton pada Januari 2021 nanti.

Sama-sama kita saksikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERIlgan Sports
Loading...