Ikuti Kami:

Park Seojoon Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Episod ‘Record Of Youth’

Park Seojoon Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Episod ‘Record Of Youth’

Makin lama makin tinggi rating yang dicatat oleh drama lakonan Park Bo-gum dan Park So-dam iaitu “Record Of Youth” kan?

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

Tak cukup dengan kemunculan Kim Hye-yoon pada awal tayangan dahulu, agensi Park Seo-joon juga telah mengesahkan berita bahawa pelakon popular itu bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama tersebut pada episod malam ini (21 September).

park seojoon record of youth

Menurut sumber, pelakon lelaki itu bersetuju untuk membuat kemunculan khas itu kerana hubungan rapatnya dengan Park Bo-gum dan juga penulis Ha Myung-hee. Kalau anda ingat, Park Bo-gum pun ada buat kemunculan istimewa dalam drama lakonan Park Seo-joon iaitu “Itaewon Class” ketika episod akhirnya.

Tak sabar nak tengok Park Seo-joon bawa watak apa untuk “Record Of Youth” ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...