Ikuti Kami:

Park Minyoung Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat’

Park Minyoung Dilamar Terajui Drama Romantik ‘Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat’

Baru sahaja menyapa penonton menerusi drama “Forecasting Love & Weather”, Park Min-young sudah pun menerima tawaran berlakon yang baru.

Khabarnya, pelakon itu bakal menerajui drama tvN terbaru bertajuk “Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat”.

Respon agensinya,

Memang benar Park Min-young ada menerima tawaran untuk menerajui ‘Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat’ dan sedang melitinya dengan positif kini.

park minyoung

Ianya membawa kisah ‘pembantu kehidupan single’ di mana seorang wanita berlakon menjadi pasangan individu solo yang memerlukan isteri di sebarang pertemuan.

Katanya, Park Min-young akan melakonkan watak Choi Sang-eun yang mempunyai kualiti dan ciri seorang isteri. Apabila lelaki mengambilnya sebagai pasangan, mereka akan dipandang tinggi. Pun begitu, dia hanya bekerja dari Isnin hingga Sabtu sahaja dan meluangkan hari Ahad untuk dirinya sahaja. Tapi dia melengkapkan diri dengan pelbagai hobi dari belajar bahasa asing ke golf, fencing, panjat batu dan kemahiran memasak tahap Michelin.

Nantikan info lanjut mengenai “Mon-Wed-Fri-Tue-Thurs-Sat” nanti.

Drama romantik memang makanan Park Min-young kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...