Ikuti Kami:

Park Jinyoung & Roh Jeongeui Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Witch’

Park Jinyoung & Roh Jeongeui Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘The Witch’

Park Jin-young dan Roh Jeong-eui berkemungkinan akan digandingkan dalam sebuah drama baharu!

Pada 28 April, Park Jinyoung dan Roh Jeong-eui dilaporkan akan membintangi drama adaptasi webtoon berjudul “The Witch”. Sebagai tindak balas, agensi bagi Park Jinyoung iaitu BH Entertainment telah mengeluarkan kenyataan,

‘The Witch’ ialah drama yang sedang disemak secara positif selepas menerima tawaran.

Begitu juga dengan Namoo Actors, agensi bagi Roh Jeong-eui,

Ia adalah karya yang sedang disemak secara positif selepas menerima tawaran untuk muncul dalam drama baharu ‘The Witch’.

Untuk pengetahuan, “The Witch” ialah drama adaptasi webtoon dengan nama yang sama,  membawa kisah tentang seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang wanita yang dipanggil bomoh. Park Jin-young telah ditawarkan untuk memainkan watak Lee Dong-jin, seorang pakar dalam statistik yang ditinjau oleh Shine Solutions sebagai pelombong data yang mendapat penilaian tertinggi dalam industri.

park jinyoung roh jeongeui

Manakala Roh Jeong-eui dilamar untuk berperan sebagai Park Mi-jeong, yang menjadi penterjemah dengan memanfaatkan kemahiran bahasa Inggerisnya, yang dikuasainya sejak kecil. Pada suatu hari, dia terjerat dengan khabar angin yang menyebabkan dia dipanggil ahli sihir.

Nantikan maklumat lanjut mengenai “The Witch”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...